Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[REVIEW] Penat Dari Daiyan Trisha Sesuai Gambarkan Situasi Negara Kini

Dalam lagu ini, Daiyan punyai mesejnya tersendiri.

by Khai Azfar
August 27, 2021
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Ringkas tapi penuh dengan pelbagai ertinya bagi frasa Penat. Sama juga dengan bait lirik lagu terbaharu dari Daiyan Trisha yang berjudul Penat cukup tepat bagi menggambarkan pelbagai situasi.

Tafsiran Daiyan Trisha 

Pada mulanya, kami tertanya adakah lagu ini merupakan peraşaan Daiyan yang sudah penat dengan seseorang yang sedang bercinta dengannya. Namun setelah mendengar lagu ini beberapa kali dan mendapatkan kenyataan dari Daiyan ternyata ia mentafsirkan penat seseorang terhadap sesuatu.

“Saya tulis lagu ini dalam sebulan lepas, dan ia adalah salah satu lagu yang paling susah pernah saya tulis. ia lagu tentang patah hati. Peritnya apabila kepercayaan kita dikhianati dan ketidakberadaan sebuah sayang. Penantian yang tiada noktah untuk perubahan yang tidak kesampaian.

“Beratnya apabila harapan tiada lagi sinarnya. Saya harap kalian suka dan maaf kalau kalian juga merasa yang sama.” tulis Daiyan

Menurut Daiyan, lagu ini merupakan karya nya yang paling sukar untuk ditulis dan akui ditujukan buat bekas kekasih. Namun begitu, jelas Daiyan ia terpulang kepada seseorang untuk menilainya berikutan rata-rata pendengar menyifatkan seperti memberi gambaran situasi negara kini yang sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Lagu itu berkisar mengenai rasa penat. Penat dengan segala-galanya. Bagaimana penatnya saya berdepan fasa putus cinta dalam situasi pandemik.

“Siapa punca saya menulis lagu itu? Saya sebagai pengkarya memilih untuk merahsiakannya dan biarlah ia menjadi misteri. Cukuplah sekadar ia ditujukan kepada bekas kekasih saya,” katanya lagi

‘Penat’ Boleh Layan Perasaan

Bagi kami yang telah mendengar lagu ini, turut tidak menolak ‘Penat’ sesuai untuk memberi gambaran situasi negara. Dahulunya kita masih boleh bebas bergerak ke merata-rata tempat, namun kini hanya mampu duduk di rumah. Hanya luahan perkataan ‘penat’ mampu diucapkan setiap kali berasa tertekan. Malah dengan kes peningkatan tertinggi, rakyat juga penat melihatnya dan hanya beranggapan sekadar angka yang sentiasa berubah.

Difitnah Tukar Agama, Daiyan Trisha Minta Lapor Akaun Palsu- "Apa Motifnya?!"
YouTube video

Namun dalam lagu ini, Daiyan punyai mesejnya tersendiri. Dengarkan Penat pada waktu malam bersama ‘headphone’, tingkap terbuka luas ataupun duduk di sebuah penjuru, tetapkan pada kekuatan nada tertinggi, anda pasti akan berterima kasih pada kami!

Lagu ‘PENAT’ ini sudah boleh didapati di kesemua pelantar penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, dan Deezer manakala video lirik rasmi ‘PENAT’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Daiyan Trisha
https://lomp.at/gxsgj
Share19Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara