Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[ULASAN] Rakus Dari Wewinn & Izzrin Irfan Gambaran Lagu Cinta Berentak ‘Catchy’

Sebuah lagu yang 'catchy' namun dalam masa yang sama ia mempunyai unsur-unsur mesej cinta

by Khai Azfar
March 14, 2022
Share on Facebook

Dua penyanyi muda dari Aries Music Sdn Bhd, Wewinn dan Izzrin Irfan memperkenalkan lagu berjudul Rakus sebagai pertaruhan pertama mereka disatukan di dalam sebuah karya.

Lagu Cinta Yang ‘Catchy’ 

Berkesempatan untuk mendengar single tersebut, pada hemat kami ia merupakan sebuah lagu yang ‘catchy’ namun dalam masa yang sama ia mempunyai unsur-unsur mesej cinta dalam setiap bait lirik.

Pujian harus diberikan buat pencipta lagu dan komposer; Amzar Razqa, Adk Razqa dan Muariffah yang bijak menyusun ritma sesuai dengan umur penyanyi yang masih muda. Seandainya ia dibuat dalam versi yang agak ‘berat’ buat pertama kali, kami percaya nama Wewinn dan Izzri mungkin akan tenggelam apatah lagi di era kebangkitan ramai bakat-bakat baharu.

Namun begitu, seandainya Aries masih ingin meneruskan duet mereka suka untuk kami cadangkan agar tampilkan pula dengan versi balada dan tonjolkan kekuatan vokal. Siapa sangka mungkin pertaruhan tersebut akan menjadi atau boleh juga berikan lagu-lagu popular era 90 untuk diberi nafas baharu untuk mengukuhkan lagi nama kedua-dua penyanyi ini.

Pernah Kolaborasi Bersama

Untuk rekod, walaupun ini pengalaman pertama Wewinn atau nama sebenarnya Nur Ezzati Syafinaz merakam lagu duet namun dia tidak menghadapi masalah kerana antaranya dengan Izzrin sudah mempunyai keserasian. Sebelum ini Izzrin terlebih dahulu muncul dalam video muzik lagu Cintai Aku dendangannya.

Izzrin yang sebelum ini dikenali menerusi lagu berjudul Aku Terima Nikahnya juga pernah pernah muncul sebagai teman baik Adib, lakonan Naim Daniel dalam drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta dengan melakonkan watak Haikal. Selain itu, Izzrin juga bakal muncul dengan single solo dalam waktu terdekat ini. Video muzik Rakus kini boleh ditonton di saluran YouTube Aries Music.

YouTube video
Izzrin IrfanWewinn
https://lomp.at/b64sa
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara