Debaran kos belajar makin terasa, tapi berita baik untuk anak Sabah! Tahun 2026 menyaksikan kerajaan negeri kembali tampil dengan inisiatif bantu pelajar miliki komputer sendiri memang win Kerajaan negeri Sabah kini menawarkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi tahun 2026 untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yuntuk yang tengah struggle nak lengkapkan keperluan belajar.
Kalau anda atau keluarga ada yang sambung belajar di IPT, ini antara bantuan yang wajib tahu.
Apa Itu Bantuan BAIK 2026?
Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) merupakan inisiatif kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memiliki komputer untuk tujuan pembelajaran.
Program ini sebenarnya bukan baru, ianya telah diperkenalkan sejak 2021 di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dan kini diteruskan untuk tahun 2026.
Fokusnya jelas iaitu bagi memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan dalam dunia pembelajaran digital.
Siapa Yang Layak Mohon?
Antara kategori pelajar yang layak:
- Pelajar IPTA & IPTS sepenuh masa
- Pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma & Ijazah Sarjana Muda
Syarat penting:
- Berstatus Bumiputera Sabah
- Golongan B40 (pendapatan RM4,850 ke bawah) atau tersenarai dalam e-Kasih
- Satu komputer untuk satu Ketua Isi Rumah sahaja

Bila Permohonan Dibuka?
Permohonan BAIK 2026 dibuka bermula 1 April 2026.
Jadi, siapa cepat dia dapat, memang kena alert dengan tarikh ni.
Cara Mohon Dengan Mudah
Permohonan dibuat sepenuhnya secara dalam talian:
- Layari laman web rasmi: BAIK 2026
- Klik butang “Permohonan”
- Isi maklumat dengan lengkap
- Muat naik dokumen diperlukan
- Klik ‘Submit’
Senang, tapi kena pastikan semua dokumen lengkap supaya tak sangkut di tengah jalan.
Dokumen Penting Yang Perlu Disediakan
Antara dokumen wajib:
- Surat beranak (pemohon & ibu bapa)
- Salinan kad pengenalan / sijil berkaitan
- Slip gaji ibu bapa atau surat pengesahan bekerja
- Surat tawaran IPT
- Surat pengesahan telah berdaftar di universiti
Bgai Murai, Inisiatif seperti BAIK ini memang tepat pada masanya, especially bila pembelajaran sekarang makin bergantung pada teknologi. Dalam dunia yang serba digital, laptop bukan lagi kehendak tapi keperluan.
Bila kerajaan negeri tampil bantu golongan B40, ini bukan saja ringankan beban keluarga, tapi juga buka peluang lebih luas untuk pelajar terus maju dalam pelajaran.
Kalau anda anak Sabah atau kenal sesiapa yang layak, jangan lepaskan peluang ini. Kadang-kadang bantuan macam ni lah yang jadi turning point dalam perjalanan pendidikan seseorang 💫








