Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Lebih Tertarik Kepada Bakal Suami Yang Unik Dan Berbeza, Aina Abdul Kini Terbuka Hati Untuk Bercinta

by Puteri Alia
September 12, 2023
Share on Facebook

Penyanyi, Aina Abdul belum terbuka untuk memberi komitmen dalam bercinta kerana takut melukakan hati lelaki yang cuba mendekatinya.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, mengakui dia juga mungkin sukar didekati kerana terlalu fokus bekerja selain sentiasa ditemani dalam kumpulan yang ramai apabila sedang bekerja.

“Mungkin sebab saya selalu dalam kumpulan yang ramai, orang tak berani dekat. Sebenarnya nak jawab soalan itu susah. Saya suka benda yang orang tak suka. Yang berbeza.

“Jadi nak cari seseorang yang sepadan dengan hati kita, susah. Saya banyak lapisan macam bawang. Saya tak naklah sekadar berkawan, nanti saya lukakan hati orang itu,” katanya.

Penyanyi Jangan Mati Rasa Itu juga menepis dakwaan yang dia kini memiliki teman istimewa.

Dia memang terbuka mengenali sesiapa untuk berkawan, namun untuk melangkah ke fasa perkahwinan, masih jauh.

“No comment. Rapat itu tidaklah. Tapi saya tidak halang diri saya untuk berkawan kerana kadang-kadang orang tanya macamana saya dapat inspirasi? Banyak lagu saya berdasarkan hubungan peribadi.

“Jadi saya pun manusia biasa, saya berkawan dengan semua. Untuk menamatkan zaman bujang itu lambat lagilah. Tidak ke situ lagi kerana saya terlampau nak bekerja. Kadang-kadang semestinya nak berkawan, tapi tiada yang istimewalah,” katanya.

Aina ditemui pada sidang media konsert Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Starhill, di sini, hari ini.

Dia turut menghiburkan ratusan peminat yang berkumpul di perkarangan bangunan itu dengan tiga lagu.

Konsert anjuran bersama Yayasan Prihatin itu bakal berlangsung pada 18 November nanti, jam 8 malam, di Axiata Arena, Bukit Jalil.

[VIDEO] Gelagat Peminat Cilik Aina Abdul Menyanyi Lagunya, Curi Perhatian Netizen!
aina abdul
https://lomp.at/c0j4x
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara