Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Lelaki Kata Mereka Paling Tak Suka Kalau Wanita Ada Tabiat Ini

by Soph Azz
April 20, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Pernah tak kamu rasa diri kamu sudah cukup pakej cantik dan pandai; tetapi tak ada seorang lelaki pun ‘melekat’ dengan kamu? Nak kata berhubungan pun tak ada mahu, apatah lagi bergurau senda.

Jangan hairan ye apabila kamu memiliki pakej lengkap tersebut tetapi tiada yang sudi.

Kadang kala ada beberapa tabiat yang kamu sendiri tak sedar telah membuatkan lelaki tidak  mahu mendekati atau turn off dengan kamu. Nasihat Miss Murai, wanita perlu peka dan ubah tabiat berikut jika mahukan lelaki kamu suka mendekati diri kamu.

Tak suka jaga kebersihan diri 

Memang minta jauh daripada mendapat pasangan yang tidak gemar menjaga kebersihan diri. Untuk pengetahuan kamu, tak kiralah perempuan atau lelaki, kebersihan diri sangat penting!

Foto – Pinterest

Cuba bayangkan kamu dapat pasangan yang pengotor, badan berbau atau penampilan langsung tak bersih. Memang rasa seperti mahu putuskan hubungan, betul tak?

Dalam diam ‘sindir’ di media sosial 

Perasan tak sesetengah wanita gemar berkongsi pautan atau quotes di media sosial. Terutamanya apabila melibatkan soal perhubungan seperti cara layanan pada wanita atau jangkaan wanita terhadap lelaki.

Foto – Pinterest

Kalau kamu nak tahu sebenarnya lelaki sangat tidak sukakannya. Bagi mereka, wanita seperti ini tidak akan membahagiakan mereka malah hanya akan mencari dan meletakkan kesalahan ke atas mereka sepanjang masa.

Suka bergurau tetapi dalam cara yang kasar

Sesetengah orang bila bergurau, automatik anggota badannya yang lain akan turut bergerak. Ada yang jenis mencubit, menampar dan ada juga yang memukul. Tabiat begini bukan sahaja buatkan lelaki jadi turn off, malah nak berbual pun mereka tak mahu.

Suka guna suara yang ‘gedik’ atau ala-ala bayi

Foto – Pinterest

Memang annoying bila dengar wanita menggunakan nada gedik atau seperti bayi ketika bercakap. Bagi lelaki, wanita seperti ini mempunyai personaliti yang mengada-ngada dan palsu di hadapan mereka. Malah wanita ini juga tidak nampak menarik di mata lelaki.

Kalau ada lakukan tabiat ini dalam kehidupan, lebih baik kamu ubah segera ye… Semoga bermanfaat!

perkara lelaki tak sukatabiat buruk perempuantabiat buruk wanita
https://lomp.at/7zewp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara