Menjelang pengumuman keputusan SPM yang bakal diumumkan pada hari ini 31 Mac 2026, debaran jelas dirasai dalam kalangan pelajar. Dalam suasana Aidilfitri yang masih hangat dengan kunjungan dan juadah raya, ramai lepasan SPM 2025 dilihat sudah mula merancang langkah seterusnya khususnya untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Namun realitinya, kos pendidikan sering menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa. Justeru, peluang mendapatkan biasiswa dan bantuan kewangan dilihat sebagai “penyelamat” bagi ramai pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran tanpa membebankan keluarga.
Berita baiknya, terdapat pelbagai pilihan biasiswa, dermasiswa, pinjaman pendidikan serta bantuan zakat yang boleh dimohon oleh lepasan SPM 2025/2026 daripada agensi kerajaan sehinggalah syarikat korporat ternama.
Peluang Terbuka Luas, Tinggal Rebut Je!
Antara biasiswa popular yang sering menjadi rebutan termasuklah:
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Bank Negara Malaysia.
- Petronas
- Shell Malaysia
- Yayasan Khazanah turut menawarkan tajaan pendidikan kepada pelajar cemerlang.
Menariknya, kebanyakan biasiswa ini bukan sahaja menanggung yuran pengajian, malah turut menyediakan elaun sara hidup, peluang latihan industri dan laluan kerjaya selepas tamat pengajian. Memang pakej lengkap untuk masa depan!
Bukan Biasiswa Je, Banyak Lagi Bantuan Boleh Mohon
Selain biasiswa penuh, pelajar juga boleh mempertimbangkan pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta skim pembiayaan daripada institusi kewangan dan yayasan negeri.
Dalam masa sama, bantuan zakat pendidikan turut disediakan oleh pelbagai negeri termasuk melalui Lembaga Zakat Selangor dan agensi zakat lain di seluruh negara. Ini memberi peluang kepada pelajar daripada golongan B40 untuk terus melangkah ke menara gading tanpa risau soal kewangan.
Senarai (BIASISWA)
Dalam usaha merealisasikan impian melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pelajar lepasan SPM 2025 kini mempunyai pelbagai pilihan bantuan kewangan yang boleh dimanfaatkan. Sama ada dalam bentuk biasiswa penuh, dermasiswa, bantuan zakat mahupun pinjaman pendidikan, setiap peluang ini mampu menjadi ‘tiket’ penting untuk membuka laluan ke menara gading.
Berikut merupakan antara senarai biasiswa dan kemudahan pembiayaan pendidikan yang boleh dipertimbangkan oleh pelajar mengikut kelayakan masing-masing:
- Biasiswa JPA
- Biasiswa MARA (Majlis Amanah Rakyat)
- Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)
- Biasiswa Petronas
- Biasiswa Khazanah Global
- Biasiswa Yayasan Sime Darby
- Biasiswa Shell Malaysia
- Biasiswa ASEAN Scholarships
- Biasiswa Albukhary Foundation
- Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Biasiswa Yayasan TNB (Tenaga Nasional Berhad)
- Biasiswa Yayasan UEM
- Biasiswa Top Glove
- Biasiswa CIMB Group
- Biasiswa Maybank
- Biasiswa RHB Bank
- Biasiswa Hong Leong Bank
- Biasiswa OCBC Bank
- Biasiswa Bank Rakyat
- Sumbangan Dana Pendidikan Negeri Perlis
- Biasiswa Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
- Insentif Siswa Yayasan Perak
- Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat Dan Badan-Badan Berkanun Negeri Selangor
- Skim Bantuan Awal Kemasukan ke IPT Yayasan Wilayah Persekutuan
- Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan
- Bantuan Pendidikan Yayasan JCORP
- Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang
- Biasiswa Yayasan Terengganu
- Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)
- Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
- Biasiswa Yayasan Sarawak
- Biasiswa Yayasan Sabah
- Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak
- Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor
- Bantuan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi, Tabung Baitulmal Sarawak
- Biasiswa Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Pinjaman (PENDIDIKAN)
- Biasiswa MyBrainSc 2026
- Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN
- Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP)
- Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah: Bantuan Awal Kemasukan ke IPT
- Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
- Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang
- Pinjaman Pendidikan Negeri Sembilan
- Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor
- Pinjaman Pelajaran Negeri Johor
- Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan (YAKIN)
- Pinjaman Wang Pengajian Tinggi: Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
- Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat
- Pembiayaan Pendidikan Maybank
- Pembiayaan Pendidikan Affin Bank
- Pembiayaan Pendidikan MBSB bank
Sila rujuk laman web rasmi setiap biasiswa atau bantuan untuk memudahkan urusan permohonan.

Lepas Raya, Masa Untuk ‘Move On’ Ke Fasa Seterusnya
Walaupun mood raya masih terasa dengan rumah terbuka, baju raya dan kuih-muih, hakikatnya ini juga masa terbaik untuk pelajar mula fokus kepada masa depan. Ramai di media sosial juga berkongsi keterujaan dan kerisauan menjelang keputusan SPM, sambil bertanya tentang biasiswa mana yang “worth it” untuk dimohon.
Apa yang penting, jangan tunggu lama. Kebanyakan permohonan biasiswa akan dibuka sejurus selepas keputusan diumumkan, dan persaingan sememangnya sengit.
Tips Ringkas Untuk Tingkatkan Peluang
Untuk korang yang sedang bersedia, ini antara perkara penting:
- Pastikan keputusan akademik terbaik
- Aktif dalam kokurikulum
- Sediakan dokumen lengkap awal-awal
- Latih diri untuk sesi temuduga
Akhir kata dari Murai, peluang memang banyak, tinggal usaha dan kesungguhan sahaja yang membezakan. Jadi, lepas raya ni bukan sekadar kumpul duit raya, tapi kumpul juga peluang untuk masa depan. Semoga berjaya buat semua calon SPM 2025!






