• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Lihat Beberapa Petunjuk Dalam Trailer Rasmi ‘Wonder Woman 1984’ (2020)

by Khai Azfar
December 13, 2019
Share on Facebook

Pada Ahad lalu di Brazil Comic-Con (CCXP), pihak Warner Bros secara rasminya telah menayangkan trailer pertama sekual Wonder Woman yang dijangka akan ditayangkan pada Jun 2020.

Petunjuk Besar Dalam Trailer Wonder Woman 1984 

Menariknya mengenai filem kedua puteri Diana ini, ianya tidak meletakkan angka 2 mahupun ringkasan tajuk kecil selepasnya, sebaliknya filem itu akan dinamakan sebagai Wonder Woman 1984. Tidak seperti filem-filem lain yang hanya menunjukkan sedikit babak sebagai trailer mereka, bagi WW1984 beberapa petunjuk besar dapat dilihat sehingga membuatkan peminat terkejut dan teruja dengan pengenalan tersebut.

Steve Trevor Kini Kembali 

Manakan tidak, sebelum ini peminat sedia maklum bahawa teman lelaki Diana, Steve Trevor (Chris Pine) telah mati dalam sebuah insiden letupan kapal terbang disaat mahu selamatkan penduduk bumi. Namun dalam WW1984, Steve kini kembali setelah 60 tahun berlalu dan wajahnya juga tidak dimamah usia sekaligus mengandaikan watak Steve akan terus dikembangkan.

Punyai Kostum Baru 

Selain itu, dalam sekual ini juga Wonder Woman mempunyai sepersalinan kostum yang baru berwarna emas! Jika dibandingkan di dalam komik, kali pertama Wonder Woman memakai kostum ini adalah di dalam isu 3 : Kingdom Come yang diterbitkan pada tahun 1996. Selain kebal, kostum ini juga membolehkan Diana mempunyai kelebihan untuk terbang.

Berpaut Pada Kilat 

Akhir sekali petunjuk yang ketara dilihat adalah Diana mampu terbang di angkasa dengan berpaut pada cemeti di panahan kilat. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana buat anda yang tidak tahu, ibu kandung Diana, Hippolyta yang merupakan Ratu Amazon telah berkahwin dengan Zeus, seorang dewa Greek.

Dengan segala petunjuk yang diberi, ramai peminat percaya filem ini bakal menjadi filem terhebat 2020 apatah bakal bersaing dengan filem solo wanita pertama Marvel, Black Widow.

trailer wonder woman 1984wonder womanwonder woman 1984
https://lomp.at/dz3ie
Share5Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore