Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Lima Finalis Berentap Rebut Gelaran Juara Awesome Raja Lawak Rabu Ini!

by Arsiqin Yusof
November 7, 2022
Share on Facebook

Program yang mencetus fenomena, Awesome Raja Lawak telahpun menghampiri penghujung di mana pentas akhir akan berlangsung pada malam Rabu ini.

Semestinya saingan antara peserta yang tinggal semakin sengit bagi merebut gelaran juara. Apapun, kalah atau menang sudah jadi adat pertandingan, yang penting setiap peserta sudah lakukan yang terbaik dan berjaya menonjolkan diri dalam program terkenal ini.

Menurut Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, persiapan akhir menjelang malam penutup kini sedang giat berjalan.

“Tahniah kami ucapkan kepada 5 finalis yang terdiri daripada Kumpulan Se’eh, Sedare, Soda, Manja dan Azhar yang berjaya mara ke pusingan penentuan untuk merebut gelaran juara ARL sekaligus membawa pulang hadiah tunai bernilai RM50,000.

“Persaingan sengit di antara mereka dijangka akan menyuntik kemeriahan dan variasi berdasarkan latar belakang dan stail komedi mereka yang berlainan antara satu sama lain. Para peminat setia pastinya tertunggu-tunggu kejutan yang akan dipersembahkan kelak. Bukan itu sahaja, episod kemuncak ARL juga bakal diserikan sekali lagi dengan kehadiran alumni Raja Lawak seperti Mamak, Abu Mamu, Mamat Sepah, Amir dan ramai lagi. Pastinya, tirai akhir ARL yang bertemakan ‘Bebas’ dan ‘Muzikal’ bakal berlabuh dengan penuh warna-warni dan kejutan yang memukau,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Awesome Broadcasting Sdn Bhd (@awesometvmalaysia)

Ulas Prestasi

Dalam pada itu, Ezzan juga mengulas prestasi para peserta secara keseluruhan. Pihaknya ternyata gembira melihat hasil usaha keras setiap peserta sejak dari mula.

“Kesemua mereka berjaya menghiburkan audiens dengan corak persembahan yang matang serta pengisian komedi yang kreatif dan bijak. Walaupun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki, namun pujian perlu diberikan kepada para peserta di atas usaha keras mereka dalam memberikan kandungan bijak yang mudah difahami, membuka minda serta bermanfaat.

“Pusingan separuh akhir yang berlangsung baru-baru ini juga telah menyaksikan para peserta tampil dengan dua persembahan yang bertemakan ‘Seram’ untuk tugasan pertama, dan ‘Superhero’ untuk tugasan kedua. Penampilan istimewa oleh barisan selebriti popular seperti Bella Astillah, Ruhainies, Cik B, Bell Ngasri, Fikry Ibrahim, Mejar David Teo dan Soffi Jikan untuk mengiringi sketsa para peserta juga turut memberikan kelainan yang ditunggu-tunggu oleh peminat.

“Satu-satunya wakil finalis akhir solo, Azhar cemerlang di kedudukan teratas dengan markah keseluruhan tertinggi sebanyak 81%. Persembahan kedua Azhar untuk tema ‘Superhero’ yang diiringi oleh Bell Ngasri turut mendapat pujian barisan juri.

“Kumpulan Se’eh juga selesa di tangga kedua dengan markah 79% dan turut muncul sebagai pemenang ‘Man of The Match’. Ternyata mereka tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan apabila bangkit dengan semangat baharu dan belajar daripada kesilapan walaupun hampir tersingkir minggu lalu. Namun, ternyata rezeki memihak kepada mereka kerana telah diselamatkan oleh Kumpulan Soda yang menggunakan kuasa imuniti yang diperoleh selaku pemenang ‘Man of The Match’ untuk minggu tersebut. Se’eh juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara menerusi kedua-dua buah tugasan sehingga menerima 3 ‘UP’ daripada pihak juri. Kehadiran Cik B sebagai artis jemputan yang mengiringi tema ‘Superhero’ juga berjaya menggamatkan keadaan di studio yang pecah perut dengan persembahan mereka. Walaupun nasib kurang menyebelahi Kumpulan Mabo dan Pelan apabila diumumkan tersingkir, tapi syabas kami ucapkan kepada mereka kerana dapat bertahan sejauh ini. Menang atau kalah bukan ukuran kerana ia sudah menjadi lumrah pertandingan. Apa yang penting, pencapaian peribadi dan ilmu yang dapat diserap sepanjang 9 minggu berada di Awesome Raja Lawak,” katanya lagi.

Awesome Raja Lawak
https://lomp.at/qdxkq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara