• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

“Lindungi Malaysia, Sihat Bersama”- Jadi Hero Untuk Tersayang, Sertai MyPELINDUNG 2024 Bantu Cegah Covid-19

by Puteri Alia
September 10, 2024
Share on Facebook

Seiring dengan perubahan norma kehidupan akibat pandemik COVID-19, usaha untuk melindungi diri dan masyarakat daripada virus ini masih signifikan dan perlu di ambil perhatian.

Baru-baru ini, Persatuan Kawalan Jangkitan dan Penyakit Berjangkit Malaysia (MyICID), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC), dan Diabetes Malaysia (DM) dengan kerjasama Pfizer Malaysia, telah melancarkan kempen MyPELINDUNG.

Dengan tema “Lindungi Malaysia, Sihat Bersama,” kempen ini bertujuan menekankan kepentingan vaksinasi terkini dan rawatan pantas sebagai langkah kritikal dalam memastikan keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

Menariknya, kempen MyPELINDUNG tahun ini turut menampilkan beberapa personaliti tempatan terkenal yang dihormati, untuk mempromosikan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan dalam kehidupan bersama COVID-19.

Shaharudeen Bin Kamaludeen, Presiden MyICID, menegaskan bahawa COVID-19 akan kekal bersama kita seperti penyakit lain yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas atau mempunyai komplikasi kesihatan sedia ada, risiko penyakit teruk akibat COVID-19 adalah lebih tinggi.

Oleh itu, penting untuk mengambil tindakan segera jika diuji positif COVID-19. Dato Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM, menekankan kepentingan rawatan awal untuk menguruskan penyakit dengan lebih berkesan dan memberi ketenangan kepada ahli keluarga.

Kempen MyPELINDUNG mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus terlibat melalui platform digital seperti Facebook MyPELINDUNG, yang menyediakan maklumat penting mengenai hidup dengan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MyPELINDUNG, sila layari Facebook MyPELINDUNG (https://www.facebook.com/MyPELINDUNG). Mari bersama-sama membina Malaysia yang lebih sihat dan selamat untuk semua.

covid-19Lindungi MalaysiaMyPELINDUNG 2024Pfizer MalaysiaSihat Bersama
https://lomp.at/qa38e
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

Nak Lari Jauh Tanpa Drama? Ini Cara Pilih Outfit Running Yang Betul

by Phic ARMAN
September 12, 2025

Kalau nak lari jauh atau sekadar jog keliling taman, pemakaian yang betul memang boleh jadi game changer. Bayangkan kalain dah...

Read more
Kesihatan

Bagaimana Makanan Sihat Boleh Buat Murid Sekolah Jadi Lebih Kreatif? Ini Jawapannya…

Kanak-kanak bukan saja perlukan makanan sihat untuk kuat badan, tapi juga untuk otak dan imaginasi mereka. Makan Bijak Bersama Ayam...

Read more
by Phic ARMAN
December 1, 2025
Kesihatan

Nak Lari Dengan Selesa & Sarung Tanpa Bongkok? Skechers Ada Jawapannya…

Baru‑baru ini MURAI sempat cuba pasang kasut Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run, dan boleh kata, jika anda seorang pelari yang nak gabungan...

Read more
by Phic ARMAN
November 14, 2025
Berita

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

Kami di MURAI baru-baru ini berpeluang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 anjuran Mesra Mall, dan acara paling mencuri tumpuan...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore