Di sebalik ramai yang memberi tumpuan terhadap puteri sulung pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang mengumumkan bahawa dia dan suami kini berada dalam proses untuk bercerai selepas menghadiri mahkamah untuk prosiding lafaz cerai dan rujuk, baru-baru ini.
Luahan hati puteri bongsu Abby iaitu Maria Danisha di TikTok mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik foto ketika dia masih kecil serta kapsyen pilu mengenai hatinya yang diam menyimpan segala-galanya dan menanti seseorang untuk menyedarinya.
“Hati yang diam menyimpan segala-galanya di dalam, takut menjadi bebab, terus mencuba berulang kali tanpa dilihat, menunggu seseorang menyedari usaha itu.
Dan apabila momen akhirnya tiba, perhatiannya hilang, tiada kata-kata yang diucapkan, tiada rungutan yang dibuat, tetapi usaha paling senyap pun membawa begitu banyak kesakitan, dan ia masih patut dilihat, dirasai, dan diraikan.”-kapsyen Maria di TikTok

“Semua Fokus Hal Kakak Sampai Lupa Kewujudan Dia..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat hantaran Maria kerana menyifatkan pihak terlibat seolah-olah terlupa dengan kewujudan dengan dirinya yang baru sahaja mendapat keputusan cemerlang 8A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), malah ramai yang mendoakan agar dia terus membesar dengan baik dan terus berjaya hingga ke menara gading.”
“Semua fokus hal kakak sampai lupa pada kewujudan dia. Tahniah awak, sambung belajar okay. Semoga jadi orang yang berjaya dunia akhirat.”
“Baby, congrates! Jadi manusia berjaya. Fokus kejayaan dulu. Biasalah hidup ini kadang tak adil. Broken family memang gitu. Capai kejayaan awak dulu, cari duit banyak-banyak, kerjaya elok okay.”
“Result awak okay ke sayang ? tahniah untuk apa pun result awakkkk , jangan putus harapan teruskan usaha. biarpun takde satu mata memandang , tapi ada beribu di luar yang nampak dengan pengorbanan dan usaha awak 🥰 we are so proud of you Danisha sayang.”
“Tahniahh Danisha sayangg. May you grow wiser and successful in future. If no one else notice your effort, percayalah Allah tak pernah tido atau lupa. Jaga diri, jaga solat. You do you as long as atas syariat dan landasan Islam. Moga Allah sentiasa beri kejayaan dan kebahagiaan untuk awak dik ❤️”
Kami di Murai turut mahu mengucapkan tahniah di atas keputusan SPM Maria Danisha yang sangat cemerlang! Semoga terus menjadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.






