Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Luahan Tiz Zaqyah Tentang Gajah Undang Simpati- “Haiwan Pun Boleh Stress…”

by Phic ARMAN
April 12, 2026
Share on Facebook

Pelakon cantik Tiz Zaqyah tampil meluahkan rasa simpati terhadap nasib tiga ekor gajah dari Malaysia yang dihantar ke Jepun, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian ringkas namun penuh emosi, Tiz mempersoalkan keadaan haiwan berkenaan dan berharap kebajikan mereka terus terjaga.

“Alaa… guys how’s our gajah dekat Jepun? I terbaca but what happened… bawak je la balik… kesian dia… haiwan dah selesa dekat rumah dia… mana boleh pindah randah, kesian dia stress… tak familiar… kesian dorang. Habis tu kalau bawak balik lagi ok ke? Kena berjalan jauh lagi alahai,” luahnya.

Luahan tersebut jelas menggambarkan kebimbangan ramai terhadap kesan tekanan dan perubahan persekitaran yang mungkin dialami haiwan liar apabila dipindahkan ke habitat baharu.

Untuk rekod, tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat dari Zoo Taiping & Night Safari telah dihantar ke Tennoji Zoo sebagai sebahagian daripada kerjasama antarabangsa.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Perak memberi jaminan bahawa kebajikan kesemua gajah tersebut akan terus dipantau rapi. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menjelaskan bahawa penghantaran itu merupakan hasil perbincangan yang telah dijalankan sejak tahun 2022 lagi.

Menurut beliau, langkah tersebut bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya melalui perancangan teliti melibatkan pelbagai pihak bagi memastikan keselesaan dan keselamatan haiwan terbabit terus terpelihara.

Isu ini nyata membuka mata ramai tentang kepentingan menjaga kebajikan haiwan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pemindahan ke negara lain yang berbeza dari segi cuaca, persekitaran dan rutin harian.

Sayang haiwan bukan sekadar rasa simpati, tapi juga pastikan setiap keputusan dibuat benar-benar untuk kebaikan mereka. Kadang-kadang apa yang kita rasa kasihan, belum tentu itu yang terbaik untuk si comel ini.

Rakan Artis Bersuara Insiden Bella Astillah & Sophia Albarakbah Di AMT?
Sandrea Ng Shy Chingtiz zaqyah
https://lomp.at/9d47i
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Sekolahkan Netizen Selepas Dituduh Tumpang Populariti Anak-Anak?-“Senang Je Judge Orang…”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil 'sekolahkan' salah seorang netizen di media sosial yang melemparkan tuduhan kepadanya yang didakwa menumpang populariti anak-anak...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara