Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

“Luar Nampak Garang, Tapi Dia Sebenarnya…”- Reen Rahim Kongsi ‘Asam Garam’ Uruskan Perniagaan Dengan Suami

by Phic ARMAN
December 9, 2025
234
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI mahu ceritakan  sedikit pasal Reen Rahim yang bukan saja cantik dan berbakat, tapi pandai urus bisnes dengan suami, Hazim Zainal. Aktres tersebut baru-baru ini berkongsi pengalaman mereka mengendalikan dua jenama serentak, iaitu Reen Rahim Hygiene Wash dan Quyus, sambil kekal sebagai pasangan suami isteri yang harmoni.

Menurut Reen, cabaran terbesar bila buat bisnes dengan pasangan adalah membezakan peranan sebagai suami isteri dan rakan perniagaan. Dalam bisnes, mereka kena ikut data dan logik, bukan ikut emosi. Kadang Reen nak semua laju, tapi Hazim pula suka detail. Macam tarik-tolak sikit, tapi mereka tetapkan satu prinsip:

“Dalam bisnes kita profesional, dalam rumah tangga kita pasangan. Tak boleh campur.”

MURAI suka dengan cara mereka handle semua ini. Contohnya, kalau gaduh pasal stok atau pengurusan jenama, mereka tak bawa balik rumah. Penat urus operasi syarikat? Jangan lupa, mereka tetap suami isteri. Prinsip ni buat cabaran bisnes jadi proses belajar, bukan masalah besar.

Kalau tengok di Instagram, ramai warganet puji pasangan ini sebab pandai bahagikan watak. Tapi jangan ingat mereka ini perfect. Kadang-kadang bergaduh kecil macam pasangan lain. Reen sendiri cakap,

“Biasalah, kami ini kuat menyakat. Kadang gurau jadi terlebih ‘pedas’ sikit, terus dua-dua buat muka. Tapi Alhamdulillah, tak pernah sampai tahap merajuk berhari-hari. Hazim luar nampak garang, tapi dia cepat lembut hati. Kalau ada salah faham, dia akan datang peluk dulu. Saya ni nampak macam singa, tapi sebenarnya kucing. Cepat cair bila orang yang saya sayang pujuk. Tapi betullah, dia lah paling cepat mengalah tapi saya paling cepat cair.”

View this post on Instagram

Selain tu, mereka ada aturan penting,  jangan berbincang bila tengah marah atau beremosi. Kalau tengah ‘garang’, mereka ambil masa dulu, baru bincang balik. Reen kata, kadang marah sebab penat, bukan sebab tak sayang. Bila sedar hal itu kecil, senang untuk lepaskan.

Pendek kata, Reen dan Hazim tunjukkan yang bisnes dan rumah tangga boleh seiring kalau ada komunikasi, sabar, dan prinsip yang betul. Yang penting, walau luar nampak garang, hakikatnya di sebalik tabir, ada hati yang lembut dan penuh kasih sayang.

Reen Rahim Hygiene Wash
https://lomp.at/k858u
Share94Tweet59SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan ‘Designer’ Biasa-Biasa!

by Phic ARMAN
March 7, 2026

Sambutan Raya di Suria KLCC tahun ini tampil dengan kejutan yang bukan sekadar dekorasi biasa. Di sebalik paparan indah 1,710...

Read moreDetails
LifeXplore

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Akhirnya rasmi! Terdahulu MURAI  ada kongsikan artikel tentang 5 Perkara Baru Pada Samsung Galaxy S26 Ultra Yang Buat Ia Berbeza....

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
LifeXplore

Macam Vibes Hong Kong! Lazy Eye Coffee, Kafe Tersembunyi Di KL Untuk Penggemar Kopi

by Farah Fatihah
March 1, 2026

Di tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur, terselit sebuah kafe yang agak sukar ditemui. Untuk sampai ke Lazy Eye Coffee, pengunjung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara