Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Lufya Dituduh Tak ‘Move On’ Selepas Beri Komen Pasal Perceraian Syamsul Yusof dan Puteri Sarah

by Zaidin Albert
June 14, 2023
893
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini, kisah mengenai Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali menjadi topik utama. Tapi kali ini bukan isu panas namun lebih menenangkan kerana ia sudah menemui noktah. Syamsul telah membuat lafaz cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim.

Antara perkara yang menjadi perhatian netizen adalah mengenai hak penjagaan hak anak-anak. Difahamkan, hak penjagaan anak dimiliki oleh Puteri Sarah. Namun menurut wanita berusia 37 tahun ini, dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk bekas suaminya itu bertemu dengan dua anak mereka.

Lufya Omar Kongsi Pandangan

Keputusan Puteri Sarah ini telah dipuji netizen, malah pelakon Lufya Omar juga dilihat meninggalkan komen mengenai hal ini. Kata Lufya, setiap pasangan akan bahagia jika masing-masing menjalankan tanggungjawab terutama bab nafkah anak.

“Semua wanita gembira nak move on dan masing masing akan bahagia cara masing-masing apabila keduanya menjalankan tanggungjawab masing-masing. Terutama sekali bab nafkah anak dan kasih sayang kepada anak tidak dilupakan oleh pihak lelaki. Tak kisah lah nak kahwin dengan Ratu Balqish sekali pun. Bekas isteri anda tidak akan ambil kisah pun”- tulis Lufya di ruangan komen.

VIA Instagram

Walaubagaimanapun, perkongsian pandangan Lufya ini telah mendapat kritikan netizen. Ada yang menuduh bekas isteri Dr Che Hafiz ini tidak move on dengan perceraian yang berlaku pada dirinya sebelum ini.

“Pada saya sis @lufyalaana jawab ni pun macam tak move on,mcm nk perli-perli.Apa pun saya doakan semoga sis juga bukun hanya dihadapan sahaja move on, di belakang macam masih berdendam,itu semua hanya sis & Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat, semoga apa-apa kemelut d antara sis & Ex suami selesai dengan baik,semoga di permudahkan segala urusan2 sis”- tulis salah seorang netizen.

VIA Instagram

Untuk info Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020. Dr Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan Julia Farhana pada 14 Disember tahun lalu.

Ira Kazar Akui Jahil, Tegur Pengikut Tak Henti Ungkit Kisah Lalu Dengan Syamsul Yusof!
Lufya Omarputeri sarahSyamsul Yusof
Share357Tweet223SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem