• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Lufya Omar Nafi Rumah Tangga Bermasalah Bersama Dr Hafiz?

by Ayden Mikhael
October 28, 2018
Share on Facebook

Gara-gara bertindak memadam gambar-gambar suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharom yang pernah dikongsikan sebelum ini, kecoh seketika apabila ada khabar angin mendakwa kononnya rumah tangga pelakon Lufya Omar bermasalah.

Bagaimanapun, menurut Lufya, semua itu hanyalah spekulasi semata-mata. Katanya, hubungannya dan suami baik-baik sahaja.

“Khabar angin yang mengatakan rumah tangga kami retak itu hanyalah satu spekulasi sahaja. Itu hanyalah andaian pihak tertentu sahaja selepas melihat gambar suami sudah tidak ada di Instagram.

“Hakikat sebenarnya, ia merupakan satu permintaan yang dibuat oleh suami saya sendiri. Suami saya seorang doktor, jadi profesion itu menuntutnya untuk fokus kepada kerja.

“Jadi, sebolehnya, dia tidak mahu saya terlalu kerap berkongsi gambar bersama kerana dia tidak mahu menerima gangguan daripada netizen,” katanya yang memberitahu dia kini sudah rindu untuk kembali semula berlakon selepas melahirkan anak sulungnya, Laana Haura yang kini berusia 11 bulan” kata Lufya kepada Kosmo.

Menurut Lufya lagi, banyak gambar-gambar kenangan yang dikatakan dibuang sebenarnya hilang semasa akaun Instagram digodam pihak tidak bertanggungjawab pada awal tahun lalu.

“Memang banyak gambar kami bersama sejak di awal perkenalan sudah tidak ada di Instagram. Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa beribu-ribu gambar yang pernah saya kongsikan sebelum ini pernah hilang semasa digodam.

“Bahkan, sebelum ini pun saya pernah tampil dengan kenyataan bahawa saya diugut untuk membayar sejumlah wang daripada penggodam dari Iran untuk mendapatkan akses semula ke Instagram saya. Jadi mungkin dari situ orang fikir saya membuang semua gambar kenangan kami berdua,” ceritanya lagi.

Bagaimanapun, kongsi Lufya selepas spekulasi itu bertebaran baru-baru ini, dia dilihat mula berkongsi gambar bersama suaminya semula di Instagram. Katanya, tindakan itu dibuat selepas berbincang dengan suami demi mengelakkan daripada timbulnya cerita-cerita yang tidak dinginkan.

“Apabila kita tidak berkongsi gambar (dengan suami), timbul pula isu lain, apabila kita sering kongsi, ada pula kata kita menunjuk.

“Apapun, selepas berbincang dengan suami, dia kata kongsi sahajalah, cuma jangan terlalu banyak. Lagipun, saya kena jaga kredibilitinya sebagai doktor,” jelasnya yang kini mempunyai seorang cahaya mata, Laana Haura yang berusia 11 bulan selepas mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016″, tambahnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Lufya dia kini sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula di kaca televisyen.

“Selepas drama Umairah, saya berkahwin, kemudian berbadan dua dan sibuk menguruskan keluarga. Memang rindu nak kembali berlakon semula.

“Saya pun sebenarnya dah bersedia untuk ke set semula. Sekarang ini pun tengah dalam usaha nak menguruskan lagi badan selepas bersalin tempoh hari. Saya pun dah okey nak seimbangkan antara tanggungjawab antara keluarga dan berlakon,” katanya yang memberitahu suami juga sudah memberikan lampu hijau untuknya kembali aktif.

Apapun murai.my ingin mendoakan agar kebahagian Lufya berpanjangan dan tidak pernah ada perasaan putus asa dalam industri hiburan ini. Team murai.my pun tak sabar nak tengok lakonan Lufya di kaca television.

"Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami"- Lufya Omar
Lufya Omar
https://lomp.at/gfuyl
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore