Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sambut Ulangtahun ke 40, Luna Maya Bahagia Bersama Kekasih 11 Tahun Lebih Muda

by Phic ARMAN
August 29, 2023
96
KONGSIAN
Share on Facebook

Lama sudah peminat di Malaysia tidak mendengar khabar terbaru dari pelakon Luna Maya! Pelakon yang memegang watak Suzanna dalam filem seram Suzanna: Malam Jumat Kliwon itu baru sahaja memasuki usia 40 tahun. Luna Maya menyambut hari lahirnya di Casablanca, Maghribi.

Dalam detik istimewa itu, Luna Maya memuat naik detik menukar usianya daripada 39 kepada 40 tahun dengan video Reels di Instagram. Luna Maya kelihatan menghitung detik hari lahirnya sambil membawa kek dengan satu lilin.

View this post on Instagram

A post shared by Luna Maya (@lunamaya)

Luna Maya meluahkan perasaan gembira dan bertuah dalam hidupnya. Dia juga mengakui menghargai setiap pengalaman, pengajaran, dan detik yang dilalui dalam hidupnya sejak 40 tahun lalu.

“Saya tidak semakin tua, tapi saya hanya naik level“- tulisnya di ruangan kapsyen.

Usia 40 tahun membuatkan kekasih kepada jejaka kacak Maxime Bouttier ini turut merenung segala cabaran yang dihadapinya selama ini. Dia juga berasa bersyukur kerana dapat menghadapi segala-galanya pada tahun lalu.

“Terdapat banyak kasih sayang yang mengelilingi saya dan semasa menerima bab baharu ini, saya teruja untuk meneruskan pengembaraan dalam hidup ini dengan hati terbuka dan semangat!” sambung Luna Maya.

Maxime Bouttier sebenarnya bukanlah nama asing dalam dunia hiburan Indonesia. Maxime Bouttier yang berusia 29 tahun ialah seorang pelakon Indonesia berketurunan Perancis.

View this post on Instagram

A post shared by ᴍᴀxɪᴍᴇ ʙᴏᴜᴛᴛɪᴇʀ (@bouttier_maxime)

Salah satu pencapaiannya ialah membintangi filem Amerika, Ticket to Paradise bersama George Clooney dan Julia Roberts.

Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya
luna mayaMaxime Bouttier
Share38Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem