Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

M. Daud Kilau Ucap Selamat Tinggal Pada Dunia Hiburan

by Khai Azfar
November 21, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Lagu-lagu popularnya seperti Cek Mek Molek dan Gila Judi sering kali meniti di bibir peminat sepanjang zaman. Malah ada sahaja lagak dan gaya penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau menjadi ikutan dalam industri hiburan.

Ucap Selamat Tinggal 

Kini, kemunculannya juga bagai dinanti-nantikan oleh peminat namun untuk melihatnya kembali beraksi lincah seperti dahulu mungkin agar sukar kerana M. Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Bin Kilau, 81 tidak lagi mampu untuk berdiri dan menari lincah di atas pentas.

Malah penyanyi ini turut akui sudah masanya untuk dia melupakan dunia hiburan atas faktor kesihatan. Sejak mengalami komplikasi membuang air pada tahun 2016, masalah kesihatan yang dialaminya semain berlarutan selain turut menghidapi penyakit kencing manis.

“Saya menghidap sakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat. Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi,”

Jelasnya lagi, disebabkan itu dia terpaksa menolak semua tawaran membuat persembahan termasuk undangan oleh kumpulan Black Dog Bone di Singapura.

Menurutnya biarpun hanya ditawarkan untuk ‘duduk’ sahaja di atas pentas dia tetap menolak kerana merasakan seperti tidak manis berbuat demikian.

“Saya menolak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas. Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja.

Tak nak saya. Belum pernah saya buat macam tu, kecualilah saya tetamu jemputan yang hanya datang dan duduk saja. Mereka beri duit, tambang kapal terbang, hotel, tak kan saya datang nak duduk sahaja. Jadi saya minta maaf kepada mereka yang membuat tawaran, saya tak dapat memenuhi undangan mereka kerana masalah kesihatan yang saya alami,”

Mahu Peminat Terus Doakannya 

Mengenai rutin hariannya, dia hanya ingin menghabiskan masa dengan kehidupannya kini selain berasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas. Sebelum ini, dia pernah mengusahakan beberapa tanaman namun ianya tidak lagi ‘menjadi kerana kekangan yang dialaminya.

Malah disaat rindukan peminat dia akan menatap koleksi baju labuci miliknya selain mengharapan agar mereka terus mendoakan kesihatannya.

gambar M.Daud Kilau TerkiniM.Daud Kilau
https://lomp.at/1g1hl
Share8Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara