• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Macam Gincu Bibir! HUAWEI Lancarkan FreeBuds Lipstick Berharga RM999

by Phic ARMAN
November 22, 2021
Share on Facebook

Huawei baru sahaja melancarkan jam pintar HUAWEI Watch GT 3 dan GT Runner di Malaysia pada 20 November yang lalu berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya. Dalam masa yang sama HUAWEI juga melancarkan satu lagi produk dengan rupa seperti gincu, iaitu Huawei FreeBuds Lipstick.

Ketika acara berlangsung, maklumat terperinci termasuklah harga di pasaran mengenai  jam pintar Watch GT 3, GT Runner dan FreeBuds Lipstick diumumkan kepada para media.

Huawei Watch GT 3

Foto: consumer.huawei.com

Ini adalah jam pintar premium dengan rekaan bulat dan butang berputar digital. Di hadapan, Watch GT 3 kelihatan berbeza dengan Watch 3 Pro yang dilancarkan bulan Jun lepas, dengan dua saiz iaitu 46mm (skrin 1.43-inci) dan 42mm (skrin 1.32-inci).

Sistem operasi Harmony OS 2 menjadi keunikan  jam ini, menyediakan penjejakan kecergasan dan kesihatan canggih sepanjang masa. HUAWEI menyatakan hayat bateri panjang di jam pintar ini, sehingga 2 minggu.

HUAWEI FreeBuds Lipstick

Foto: consumer.huawei.com
Foto: consumer.huawei.com
Foto: consumer.huawei.com
Foto: consumer.huawei.com

Bakal menarik perhatian para wanita, HUAWEI FreeBuds Lipstick menggabungkan teknologi dan fesyen, yang cukup luar biasa. Ia mempamerkan gaya mewah wanita, di dalam bekas gincu berwarna hitam dan emas. Fon telinga TWS FreeBuds Lipstick ini berwarna merah di dalamnya, melengkapkan rupa gincu di dalam bekas.

Foto: consumer.huawei.com

HUAWEI FreeBuds Lipstick secara rasmi berharga RM999 di Malaysia, menjadikannya fon telinga termahal mereka pada masa ini. Sebagai perbandingan, Huawei FreeBuds Pro berharga RM699.

Melihat kepada spesifikasi, HUAWEI FreeBuds Lipstick mempunyai pemacu bunyi 14.3mm pada setiap sisi. Ia juga menyokong kawalan sentuh dan leret untuk playback dan panggilan muzik anda.

Ia memiliki teknologi Adaptive Ear Matching (AEM), memberikan sistem bunyi yang mengasyikkan dan berkualiti tinggi.

Fon telinga ini juga boleh dipadankan bersama HUAWEI Watch GT 3 untuk penggunaan tanpa peranti, bagi mengawal lagu terus dari muka jam pintar.

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

Dengan bekas gincu itu, anda boleh mendapatkan sehingga 14 jam playback dengan ANC atau sehingga 22 jam dengan ANC dimatikan. HUAWEI FreeBuds Lipstick mengecas melalui USB-C tetapi ia tidak menyokong pengecasan tanpa wayar. Ia menyokong sambungan Bluetooth 5.2 dan boleh menyambung ke dua peranti serentak.

Maklumat Prapesanan dan Hadiah Percuma

Kesemua 3 item kini dibuka untuk pra-pesanan sehingga 3 Disember tetapi GT Runner lebih lama sehingga 12 Disember di laman web rasmi HUAWEI, Lazada dan Shopee.

  • HUAWEI Watch GT 3 46mm (Percuma HUAWEI FreeLace)
    Tali Hitam – RM999
    Tali Kulit – RM1099
  • HUAWEI Watch 42mm (Rebat Segera RM100)
    Tali Hitam – RM999
    Tali Kulit – RM1099
  • HUAWEI Watch GT Runner (Percuma HUAWEI FreeBuds 3i dan Skala 3) – RM1,399
  • HUAWEI FreeBuds Lipstick – RM999
    Selain daripada ini, sempena menyambut Hari Krismas, terdapat tawaran jualan bundle WATCH GT 3 (42mm) dan Gincu FreeBuds berharga RM1,698 sahaja.

Jika anda berminat, anda boleh membuat pra-pesanan dan  boleh didapati di kedai dalam talian Huawei, Lazada dan Shopee.

FreeBuds Lipstickhuawei
https://lomp.at/sk737
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Teknologi

Nak Tukar ‘Font’ WhatsApp? Ini Cara Nak Buat Tulisan Jadi ‘Bold’, ‘Italic’ & Banyak Lagi

by Naddy Joe
November 10, 2020

Sebut sahaja WhatsApp, boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi ini dalam smartphone mereka. WhatsApp memiliki banyak feature yang menjadikan pengalaman...

Read moreDetails
Automotif

Wow! 5 Jenis Kereta Yang Memiliki Cukai Jalan Paling Mahal Di Malaysia

by Aphit J.
January 3, 2021

Cukai jalan ataupun road tax yang dikenakan kepada kenderaan dikira mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan status pemilikan. Berikut...

Read moreDetails
Teknologi

Hati-hati! Rupanya Ini 6 Cara ‘Kotor’ Hacker Untuk Hack WhatsApp Anda

by Phic ARMAN
November 12, 2020

Hampir setiap orang di dunia ini memiliki aplikasi WhatsApp (WA) di telefon pintar mereka.  Jadi tak mustahil la, WA sering...

Read moreDetails
Teknologi

Tak Sedar Akaun WhatsApp Kena Hack? Ini Tanda-tandanya!

by Phic ARMAN
October 9, 2020

Ramai orang di Malaysia menggunakan aplikasi pesanan WhatsApp. Oleh kerana jumlah ini ramai, WhatsApp telah menjadi platform sasaran penggodam untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore