• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Masih Kacak? Wajah Terbaru Keanu Reeves Selepas Cukur Jambang Untuk Filem ‘Bill And Ted 3’

by Zaidin Albert
July 5, 2019
Share on Facebook

Sejak membintangi filem siri “John Wick“, imej dan penampilan Keanu Reeves sudah melekat dengan karakter pembunuh upahan. Aktor tampan tersebut tampil dengan rambut paras bahu, serta memiliki jambang dengan potongan yang unik. Namun kini, Keanu dilihat berbeza selepas mencukur jambangnya.

Penampilan terbaru Keanu dapat dilihat di lokasi penggambaran projek terbarunya, “Bill and Ted 3”, atau “Bill & Ted Face the Music”.Filem komedi tersebut rupanya sudah mula melakukan proses penggambaran. Malah foto-foto pengambaran telah beredar luas di dunia maya, termasuk foto Keanu Reeves.

Penampilan baru aktor berusia 54 tahun ini tertangkap kamera saat dia tengah melakukan beberapa adegan. Keanu terlihat mengenakan suit berwarna kelabu, dengan kemeja berwarna pink di dalamnya.

Menurut The Sun, bukan dia seorang, Keanu juga kembali bergandingan Alex Winter seperti dalam siri “Bill and Ted”,  Kedua-dua pelakon utama ini terlihat melakukan beberapa adegan di kawasan New Orleans, Louisiana, yang menjadi lokasi penggambaran “Bill and Ted 3”.

Tentunya ini menjadi reunion Keanu dan Alex setelah 28 tahun lalu kedua-duanya membintangi seri ke-2 “Bill and Ted”, “Bill & Ted’s Bogus Journey”. Diketahui, siri kedua tersebut dirilis pada tahun 1991.

Di sisi lain, filem pertama siri ini, “Bill & Ted’s Excellent Adventure“, dirilis pada 1989. Filem ini menceritakan tentang Bill (Alex Winter) dan Ted (Keanu Reeves), dua remaja yang malas dan ingin mendirikan sebuah band hebat.

Namun kerana beberapa faktor, akhirnya impian mereka selalu menemui kegagalan. Tapi ternyata di masa depan, lagu mereka bakal jadi penyelamat dunia. Demi membantu mewujudkan takdir Bill dan Ted, maka orang-orang dari masa depan pun datang untuk menolong kedua-duanya.

Manakala untuk “Bill & Ted Face the Music” sendiri, belum diketahui jalan cerita yang akan dibawakan . Namun khabarnya, siri ketiga ini akan mengungkap bahawa Bill dan Ted belum dapat  menjalankan takdir mereka. Selain Keanu dan Alex, ada beberapa pelakon lain yang bakal terlibat dalam projek ini. Di antaranya adalah pelakon veteran seperti William Sadler, Amy Stoch, hingga Hal London Jr

Alex WinterAmy StochBill & Ted's Bogus JourneyBill & Ted's Excellent AdventureBill and Ted 3William Sadler
https://lomp.at/0e3fy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore