Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Macam Tak Percaya! Canggihnya Robot Pembersih & Mop Lantai Deebot Ozmo 900

by Phic ARMAN
November 10, 2019
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai rakyat Malaysia belum mengenali jenama Ecovacs namun dengan beberapa produk berinovasi baharu, pasti anda ingin memiliki produk daripada Ecovacs ini.

Banyak produk yang terbaharu dan super canggih  yang di keluarkan oleh Ecovacs, tetapi kali ini Murai MY akan mengulas mengenai model Deebot Ozmo 900.

Dengan slogan ‘Tawaran Terbaik Sepanjang Tahun, Anda Tak Boleh Terlepas’, Ecovacs menawarkan harga menarik untuk memiliki Deebot Ozmo 900 ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM1,499.00 sahaja (Harga biasa RM2,799).

Sempena 11 November ini, Lazada telah menawarkan potongan harga sehingga 43% dan penghantaran percuma sekiranya membuat pembelian melalui kedai atas talian mereka.

Disukai Para Suri Rumah

DEEBOT OZMO 900 ini memang disukai oleh para suri rumah khususnya, kerana ia bukan sekadar robot biasa, tetapi ia boleh membantu anda dirumah membersihkan lantai dan juga boleh mengemop pada masa yang sama. Hebat bukan?

DEEBOT OZMO 900 mempunyai sistem mengemop OZMO yang maju. Dengan sekali jalan sahaja dah bersih lantai, tak payah susah-susah melakukan pembersihan dua kali.

Lebih Mudah Dengan Aplikasi Khas

Pertama kali saya mendapatkan Deebot Ozmo 900, perkara paling penting yang saya perlu buat dulu ialah memuat turun aplikasi – ECOVACS HOME (tersedia dari App Store atau Google Play untuk kedua-dua iPhone dan Android). Aplikasi ini membolehkan saya mengawal setiap pergerakkan Ozmo 900 dari mula hinggalah proses pembersihan dan seterusnya memberi arahan untuk kembali ke pengecas. Tak susah pun!

Aplikasi ini juga memberi notifikasi kepada pengguna apabila pembersihan tidak selesai atau vakum mengalami masalah.

Mengimbas Pelan Rumah Anda

Pertama kali melihat ia dihidupkan, saya begitu kagum dengan kecanggihan robot comel ini, lagi-lagi  melihat ia bergerak di sekitar dalam rumah . Ia begitu sistematik dengan menjelajah ke setiap sudut rumah, membersihkan permaidani dan bergerak di atas lantai. Bagaimana ia lakukan?

Dengan teknologi navigasi Smart Navi 3.0 dan teknologi pemetaan Evovacs, DEEBOT Ozmo 900 mengimbas rumah dan mencipta peta visual dalam aplikasi. Setelah menjana peta visual, DEEBOT OZMO 900 secara automatik akan mencipta jalan pembersihan yang berkesan yang sesuai dengan persekitaran rumah anda.

Tak Perlu Risau Perabot & Dinding Tercalar

Sensor pengesan jatuh

Mula-mula saya risau juga, habislah semua perabot dia akan langgar. Rupanya tidak ya! Robot ini ada Teknologi Pengesan Halang, di mana ia dilengkapi dengan sensor anti-pelanggaran untuk memastikan dinding dan perabot anda selamat dari kesan hentaman.

Selain itusaya tidak perlu risau robot ini terjatuh sekiranya rumah anda mempunyai anak tangga kerana robot pembersih lantai ini juga mempunyai satu sensor pengesan jatuh.

Boleh Mop Lantai?

Ini yang paling saya suka, boleh mop lantai! Ia juga sangat mudah untuk beralih fungsi robot ini menjadi mop. Dengan hanya mengisi tangki air sebanyak 240 ml. Kemudian Pilih mopping dalam aplikasi dan selesai. Duduk dan berehat sambil goyang kaki dan tunggu saja lantai dibersihkan.

Ia boleh berfungsi di kedua-dua permukaan iaitu permukaan lantai keras dan permaidani.

Selepas selesai mengemop lantai, saya hanya perlu menanggalkan plat kain daripada robot ini untuk membersihkannya.

Rumusan 6 Perkara Yang Paling Syok Dengan Deebot Ozmo 900

  • Ia boleh berfungsi di kedua-dua permukaan iaitu permukaan lantai keras dan permaidani.
  • Untuk fungsi mop, ia mempunyai 2 pad yang boleh dibasuh.
  • Ecovacs Home App membolehkan anda mengawal dan memantau robot anda dari mana-mana sahaja.
  • Sekiranya anda mempunyai Amazon Echo atau Google Home, anda juga boleh mengawal robot ini melaluinya.
  • Apabila kuasa bateri berkurang, Deebot secara automatik kembali ke stesen pengecasan dan mengisi semula.
  • Ia sangat tenang, jadi anda juga boleh menggunakan semasa anda tidur.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini, untuk memiliki robot pembersih lantai pada harga yang sangat berpatutan  dan sudah pasti anda tak sabar nak rasai pengalaman menggunakannya.

https://lomp.at/mnmya
Share26Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara