Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Madammu Bidas Komen Netizen Tuduhnya Pilih Kasih Antara Anak Tiri Selepas Adakan Majlis Hari Lahir Kayden?

by Naddy Joe
June 16, 2025
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan kosmetik dan pempengaruh terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri tampil bersuara selepas salah seorang netizen melemparkan tuduhan mendakwa dia bersikap pilih kasih terhadap anak kandung dan juga anak-anak tirinya selepas mengadakan majlis hari lahir anak sulungnya, Kayden baru-baru ini.

“Eh nampak birtday Qally buat kat restoran. Tapi tak la semeriah Kayden dengan keknya yang diorder special sampai 1k 2k oleh mak tiri, birthday Qally macam satu menu je.”-komen seorang netizen di TikTok

Kesal Dengan Sikap Netizen

Tidak berdiam diri, Madammu menerusi hantaran di TikTok dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan meluahkan rasa kesal terhadap netizen terlibat tanpa sedar sedang membina kebencian, cemburu, serta perbandingan di antara adik-beradik terhadap Kayden disebabkan komen tersebut.

“Anak-anak saya dah besar kadang mereka terkesan dengan komen macam ni. Jangan menulis jika kita tak pasti kerana hanya dengan komen awak boleh mengguris banyak hati.

Awak sedar tak awak sedang bina kebencian di antara adik beradik iaitu Zahara, Qally, dan Ahmadhi terhadap adik mereka Kayden. You fikir i minta untuk kahwin dengan duda anak 3? You fikir i nak sangat ke jaga anak orang?.”-bidas Madammu di TikTok

@madammuofficial

Replying to @buruto Madammu tahu tak semua orang follow Madammu dari anak anak kecil. I share here bukan sebab i nak buktikan tapi sebab nak jaga emosi & perasaan anak anak. Anak anak i dah besar semua kadang they’ve effected by comment like this. Jangan menulis jika kita tak pasti kerana hanya dengan 1 komen awak boleh mengurus banyak hati. Awak sedar tak awak sedang bina kebencian, prasangka, iri hati , cemburu , perbandingan diantara adik beradik iaitu Zahara , Qally & Ahmadhi terhadap Adik mereka Kayden.. you fikir i minta untuk kahwin dengan duda anak 3? You fikir i nak sangat ke jaga anak orang? You fikir i nak sangat ke korbankan masa remaja i untuk besarkan anak anak yang mak dia tak meninggal? Tapi i terima , i terima dengan hati yang penuh.. i besarkan buat yang terbaik, bagi pelajaran yang baik, bagi kehidupan yang baik. Berdosa ke i lahirkan seorang anak dari rahim i & berikan yang terbaik untuk dia yang baru melihat dunia ni? Adil ke untuk you pertikaikan apa yang i buat pada A Kayden selepas 13 tahun rumah kami tiada Baby? Adil ke? Siapa you untuk beri pandangan yang boleh menjejaskan emosi anak anak i? Who are you??? Ini baru Qally. Kejap lagi i up Ahmadhi pula. Ini bukan untuk buktikan pada you. Tapi pada anak anak i untuk tidak termakan dengan komen negative you.

♬ musik instrument sedih menyentuh hati – Khalif Arkhan

“Adil Ke Untuk You Pertikaikan Apa Yang Saya Buat Kepada Kayden…”

Jelasnya lagi, dia sedang cuba untuk melakukan yang terbaik selain mempersoalkan tindakan netizen tersebut yang mempertikaikan apa yang dilakukannya kepada Kayden setelah 13 tahun rumah mereka tidak mempunyai bayi.

“You fikir i nak sangat ke korbankan masa remaja i untuk besarkan anak-anak yang mak dia dah meninggal? Tapi i terima, i terima dengan hati yang penuh. I besarkan buat yang terbaik, bagi pelajaran & kehidupan yang baik.

Berdosa ke saya lahirkan seorang anak dari rahim saya dan berikan yang terbaik untuk dia yang baru melihat dunia ni? Adil ke untuk you pertikaikan apa yang saya buat kepada Kayden selepas 13 tahun rumah kami tiada baby?.”-tulis Madammu lagi

Apa komen anda?

Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir
madammu
https://lomp.at/t2fm6
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara