Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mahu Bermalam Di Rumah Mentua Pada Hari Terakhir Bergelar Isteri, Puteri Sarah Tetap Sambut Raya Dengan Ibu Bapa Syamsul

by Puteri Alia
April 14, 2023
Share on Facebook

Wang ringgit, pangkat, kedudukan serta harta benda bukanlah kayu pengukur kepada sebuah kebahagiaan, malah keluarga merupakan harta yang paling tidak ternilai.

Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya tidak menjalinkan hubungan yang baik sesama insan apatah lagi hubungan kekeluargaan.

Menjelang sambutan Hari Raya, pastinya sebilangan besar perantau merancang untuk pulang ke desa meraiakan hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, isu balik kampung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri sering kali menjadi perdebatan sehingga kadang kala menimbulkan perbalahan.

Bagaimanapun, terdapat pasangan yang berfikiran secara matang dan membuat sistem giliran balik kampung bagi keadilan kedua-dua pihak.

Namun lain pula dengan apa yang dikongsi oleh pelakon, Puteri Sarah yang mungkin merasakan sedikit perbezaa pada sambutan Hari Raya kali ini kerana status dirinya yang mungkin tidak lagi bergelar isteri kepada Syamsul Yusof.

Umum mengetahui bahawa kemelut rumah tangga mereka bakal berakhir apabila pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, pada 18 April ini.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

“Pada tarikh akan datang, Syamsul akan lafazkan cerai kerana sudah ada persetujuan,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur apabila permohonan perceraian diajukan sudah dipersetujui oleh Syamsul mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April ini.

“Alhamdulillah, kami berjumpa dan berbincang semua terma serta syarat, semalam. Apa yang saya dan Syamsul mahukan mengenai anak-anak, nafkah dan sebagainya.

“Kami sudah berbincang untuk selesaikan semuanya juga. Alhamdulillah, berkat Ramadan, jadi semuanya dipermudahkan hari ini.

“Kami sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya, semua selesai dan tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya.

Berbincang soal persiapa raya pula, menerusi sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini, pelakon cantik Puteri Sarah mendedahkan dirinya bakal menginap di rumah ibu dan ayah mertuanya pada hari terakhir Ramadan iaitu berkemungkinan hari terakhir status dirinya bergelar menantu.

Ira Kazar Akui Jahil, Tegur Pengikut Tak Henti Ungkit Kisah Lalu Dengan Syamsul Yusof!

Bagaimanapun Sarah memaklumkan dia akan menyambut Hari Raya Pertama bersama kedua-dua ibu dan ayah mertuanya kerana seperti yang diketahui tiada apa yang akan mengubah perhubungan mereka kerana dia sememangnya sangat akrab bersama ibu mertuanya, Datin Patimah Ismail.

“Untuk tahun depan dan tahun seterusnya…jika tidak lagi bergelar isteri mereka tetap ibu dan ayah saya…Sumayyah dan Syaiqul tetap cucu-cucu mereka” – jelas Sarah

Hasil tinjauan ke ruangan komen, warganet memuji Sarah sebagai seorang menantu yang menjalinkan hubungan yang sangat akrab bersama ibu mentuanya itu.

“Patutlah mentua sayang Sarah – tulis netizen

“Dia anggap mak mentua macam mak kandung, tu yang mentua sayang.

“Punya baik wife dia, jarang wife rapat dengan mentua boleh share story. Aku rasa hampir 80% wife tak suka mentua dalam hati,” komen netizen.

Sebagai rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/3e99a
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Fizo Omar Luah Rasa Kagum Dengan Syed Saddiq & Bella Astillah-“You Pilih Tanggungjawab…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Aktor dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memilih tanggungjawab untuk mengikat...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Spotlight

Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ini, beberapa foto yang dikongsikan di Instagram oleh salah seorang ahli keluarga kepada Dayang Nur Camelia atau lebih dikenali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara