Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mahu Dapat Pendidikan Lebih Awal, Anak Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Usia 2 tahun Sudah Ke Pra Sekolah

by Puteri Alia
September 14, 2023
Share on Facebook

Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat lebih separuh daripada perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia sifar hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia lapan tahun.

Kajian yang dijalankan pakar neurologi mendapati 80 hingga 85 peratus perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia kanak-kanak.

Jika zaman dahulu rata-rata ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika pada usia enam tahun tetapi kini pada usia lima tahun, anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Malah senario hari ini semakin berubah apabila ramai ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak ke tadika seawal usia tiga dan empat tahun.

Berbahas soal ini, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari memaklumkan dia dan isteri, Scha Alyahya sudah menghantar anak kedua mereka, Lila Amina ke prasekolah seawal usia dua tahun.

Awal berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu anaknya itu mendapat pendidikan lebih awal.

“Setiap pagi Lila sudah tahu bila nak ke sekolah, dia akan cakap ‘bye’ nak pergi sekolah. Kami memang mementingkan pendidikan untuk anak-anak.

“Malah, sekarang pun Lila sudah pandai mengira satu hingga sepuluh. Rasanya kalau dia hanya duduk di rumah, mungkin situasi itu lambat berlaku memandangkan jadual kerja saya dan Scha pun tidak menentu,” katanya.

Menurut Awal, dia percaya dengan pendedahan awal yang diberikan anaknya akan lebih suka untuk belajar dan lebih berdisiplin.

“Cuma bila kita hantarnya ke sekolah, minggu pertama dia ada menangis. Kemudian sudah boleh menerima dengan rutin itu.

“Pihak sekolah pun memaklumkan aktiviti anak-anak sepanjang kelas. Apa aktiviti yang mereka belajar dan sebagainya.

“Balik rumah, kita pun bertanya makan, belajar apa di sekolah hari ini dan Lila mampu beri jawapan yang betul berdasarkan video yang dikongsikan pihak sekolah.

“Jadi daripada situ kita nampak dia sudah mampu bercerita dan berkongsi apa yang dilakukan di sekolah. Skil begitulah yang saya dan Scha fikir… kalaulah dia duduk di rumah mungkin hanya tengok TV saja. Pembantu rumah pula sibuk uruskan kediaman.

“Jadi itu antara sebab kami buat keputusan untuk menghantar mereka ke sekolah. Sekurang-kurangnya ada akitiviti bermanfaat yang boleh dilakukan selain melatih dia untuk berkomunikasi, bergaul dengan rakan sebaya dan sebagainya,” katanya lagi.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua orang puteri iaitu Lara Alana, 9, dan Lila Amina, 2.

[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen
awal ashaariScha Al-Yahya
https://lomp.at/gr6se
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara