Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026
Foto - NakNak

Foto - NakNak

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik untuk peminat NakNak!

Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan Korea ini telah mengumumkan penerimaan pensijilan Halal rasminya.

Pencapaian penting ini menandakan satu lagi detik bermakna dalam perjalanan NakNak, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan terhadap keterangkuman dan keyakinan pelanggan tanpa menjejaskan kualiti, rasa dan identiti ceria yang sinonim dengannya.

Foto – NakNak

Pada Oktober 2025, dapur pusat NakNak telah menerima pengiktirafan Halal selepas melalui proses audit menyeluruh yang merangkumi sumber bahan mentah, kaedah penyediaan serta amalan operasi.

Dapur pusat ini membekalkan bahan utama seperti sos, ‘patty’ dan perencah ke semua cawangan, dengan setiap bahan diperoleh daripada pembekal yang diiktiraf Halal

NakNak terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi mendapatkan pensijilan Halal untuk setiap cawangan secara berperingkat, sejajar dengan perkembangan yang semakin meluas.

Foto – NakNak

Pengumuman penerimaan pensijilan Halal ini turut diserikan dengan pembukaan dua cawangan baharu di Petronas NKVE Damansara dan 1 Utama Shopping Centre.

Seiring dengan misinya menyebarkan kegembiraan melalui sajian makanan selesa berinspirasikan Korea, NakNak komited menyajikan hidangan segar dan berkualiti yang sesuai untuk dinikmati dan dikongsi bersama.

Daripada Ayam Goreng Korea yang rangup, burger daging premium 100%, kentang goreng pelbagai pilihan, hinggalah biskut buatan tangan, setiap menu menawarkan cita rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia, dengan sentuhan Korea yang unik dan menyeronokkan.

naknaknaknak halalrestoran naknak
https://lomp.at/ti199
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara