Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Mama Saya Tak Miskin!” – Cik B Buka Mulut Pertahan DSV Lepas Isu Lelong Jadi Tular

by Aphit J.
November 1, 2025
Share on Facebook

Sebelum ini isu lelong barangan mewah milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kembali menjadi perbualan hangat apabila sebanyak 727 barangan peribadi termasuk tiga kereta mewah, Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7, dilelong dengan jumlah bidaan tertinggi mencecah RM1 juta.

Lelong Barangan Mewah Jadi Tular

via Instagram Cik B

Ramai netizen mula berspekulasi tentang keadaan kewangan DSV, malah ada yang menuduh beliau sudah jatuh miskin.

Namun, anaknya, Cik B tampil mempertahankan ibunya dalam satu siaran langsung di media sosial yang tular baru-baru ini.

“Mama Saya Tetap Berdiri Sendiri”

via Instagram Cik B

Dalam siaran tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dengan tegas menafikan dakwaan bahawa ibunya sudah tidak mampu.

Menurutnya, DSV masih kuat dan terus berusaha walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam hidup.

Tak baik cakap kami miskin, tak ada duit.

Mama saya kuat.

Dia ibu tunggal yang kerja keras dari dulu sampai sekarang.

Orang boleh cakap macam-macam, tapi dia tetap berdiri sendiri.

Cik B turut menjelaskan bahawa isu yang menimpa DSV berpunca daripada projek pembinaan studio yang tergendala sejak 2018, melibatkan masalah antara kontraktor utama dan subkontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab walaupun telah menerima bayaran penuh.

Ujian Hidup Yang Ditempuh Dengan Kekuatan

via Instagram Cik B

Menurut Cik B, DSV telah membelanjakan RM6 juta untuk pembinaan studio tersebut selain membeli bangunan berharga RM19 juta.

Namun akibat pihak tidak bertanggungjawab, projek itu terbengkalai dan memberi tekanan besar kepada ibunya.

Sekarang baru saya faham, ramai orang ambil kesempatan dengan Mama, kawan, staf…

Semua nak guna dia.

Saya kasihan tengok Mama

Walaupun menanggung tekanan emosi dan kewangan, Cik B berkata ibunya tetap positif dan enggan mengalah.

Mama saya tak minta simpati.

Dia cuma nak teruskan hidup.

Orang boleh jatuh, tapi tak semestinya terus kalah.

Kisah ini menjadi bukti bahawa di sebalik kemewahan dan populariti, setiap insan tetap berdepan ujian hidup.

[VIDEO] Gelagat Cik B Ubah Muka 'Prank' DSV Raih Perhatian Ramai!-"Takut Pulak Tengok Camtu"

DSV mungkin diuji, namun semangat dan ketabahannya untuk terus bangkit bersama sokongan anaknya menjadikan kisah ini inspirasi buat ramai.

dato seri vidadsv
https://lomp.at/km0q4
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara