Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Manusia Sama Seperti Kalian”- Zizi Kirana Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergoyah

by Soph Azz
July 17, 2025
Foto - @zizi_kirana (IG)

Foto - @zizi_kirana (IG)

Share on Facebook

Kebelakangan ini muncul dakwaan bahawa rumah tangga penyanyi Zizi Kirana, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil; bersama suaminya, Yusuf Bahrin sedang bergolak. Dakwaan ini muncul selepas Zizi dan Yusuf diperkatakan tidak lagi mengikuti akaun media sosial, terutama Instagram masing-masing.

Walaupun Yusof sudah tampil memperjelaskan situasi sebenar, tetapi orang ramai berasa ‘bimbang’ dengan kongsian Zizi yang berbaur patah hati di platform Threads.

Foto – @zizi_kirana (Threads)

Melihatkan ramai yang prihatin dan mengambil berat tentangnya dan juga suami, Zizi tampil mendedahkan dan berharap agar mereka yang membaca kongsiannya di Threads itu tidak salah tafsir mengenai keadaan rumah tangga mereka seperti yang didakwa oleh netizen.

“Assalamualaikum kesayangan semua. Berkenaan isu yang dibangkitkan semula kebelakangan ini, sebenarnya sudah lama berlalu. Cuma mungkin masa isu ni muncul semula membuatkan pelbagai tafsiran terjadi.”

View this post on Instagram

A post shared by نور (@zizi_kirana)

Kongsi Zizi, apa yang dikongsinya dalam media sosial terutamanya platform Threads adalah bersifat rawak dan bukannya menggambarkan keadaan semasa rumah tangga atau dirinya.

“Saya juga dimaklumkan bahawa beberapa status lama saya di Threads serta video TikTok saya dari tahun 2022 telah diambil dan dijadikan bahan perbualan semula. Bagi saya, perkara-perkara itu ditulis dan dikongsikan pada waktunya, bukan untuk dijadikan naratif hari ini. Saya menulis dan berkongsi sebagai seorang manusia sama seperti kalian. Bukan untuk dijadikan babak tambahan dalam cerita sesiapa.”

Foto – @zizi_kirana (IG)

Pada masa yang sama, Zizi turut menegaskan dia lebih memilih untuk menonjolkan hasil kerjanya berbanding dengan kehidupan peribadi.

“Saya percaya, seni yang tulen dan jujur tak perlukan kisah peribadi sesiapapun. Sejak awal penglibatan saya dalam dunia seni, saya memang memilih untuk tidak mencampur adukkan hal kerja dan peribadi. Itulah cara saya menjaga apa yang saya sayang.”

Malah pada masa yang sama, Zizi memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai spekulasi rumah tangganya. Sebaliknya dia mendoakan kebaikan untuk semua orang termasuklah dirinya.

“Saya memilih untuk tidak mengulas panjang. Dan Cukuplah saya terus mendoakan yang baik-baik untuk semua, termasuk diri saya sendiri. Sayang kalian semua!”

Sekadar info, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin mendirikan rumah tangga pada tahun 2019, selepas berkenalan semasa program ‘All Together Now Malaysia’.

Bot Zizi Kirana Ke Gaza Jadi Sasaran Serangan Dron- "Alhamdulillah Api Berjaya Dipadamkan.."
Yusuf Bahrinzizi kirana
https://lomp.at/joc9m
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara