• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Marvel Beri Petunjuk Filem Young Avengers Selepas ‘EndGame’ ?

by Khai Azfar
May 3, 2019
Share on Facebook

Kehangatan Avengers : EndGame masih dirasai apatah lagi kebanyakan pawagam di tanah air turut ‘full house’. Buat mereka yang sudah menonton filem terbitan Marvel Studios itu sudah pasti menjangkakan beberapa petunjuk dan juga kemungkinan selepas sesetengah pelakon utama superhero ini meletakkan tanda noktah perjalanan mereka bersama siri filem ini.

Teori Peminat 

Terlebih dahulu, ingin kami ingatkan pada anda bahawa artikel ini mempunyai beberapa ‘spoiler’ besar EndGame. Jadi buat anda yang belum tonton filem ini, anda ‘tahu apa yang anda perlu lakukan’.

Berdasarkan jalan cerita EndGame, kita sedia maklum bahawa dua watak utama Avengers iaitu Black Widow dan Iron Man mati dalam perjuangan mereka. Biarpun begitu, munculnya beberapa petunjuk besar dari Marvel menerusi EndGame iaitu kemunculan beberapa watak baharu termasuklah mengenai anak-anak ‘superhero’ ini.

Young Avengers 

Buat peminat setia Marvel, anda pasti tahu produksi ini tidak akan sengaja memperkenalkan watak-watak ini tanpa sebarang sebab. Jadi jika anda perasan pada pengakhiran filem EndGame, terdapat seorang remaja lelaki misteri yang turut mengiringi pemergian Iron Man. Persoalannya disini, siapakah dia?

Iron Lad

Untuk makluman,remaja tersebut merupakan Harley Keener yang suatu ketika dahulu pernah muncul dalam Iron Man 3. Peminat membuat spekulasi bahawa besar kemungkinan Harley bakal menjadi Iron Lad kelak, malah di dalam komik juga sudah terserlah watak ini. Tidak cukup dengan itu, pada pengakhiran filem EndGame, kedengaran bunyi ketukan besi pada logo Marvel meskipun tiada post credit ditunjukkan. Ini juga memberi andaian bahawa kesinambungan filem ini seterusnya tertumpu pada next Iron family.

Iron Heart

Si comel ini benar-benar menarik perhatian peminat biarpun hanya muncul untuk beberapa ketika dan turut terkenal dengan tagline nya “Love You 3,000 Times”. Watak anak kepada Tony Stark iaitu Morgan Stark dikatakan bakal bergelar sebagai Iron Heart apabila dewasa kelak. Malah Marvel seperti sengaja membuat peminat terdedah dengna petunjuk ini apabila Tony sering kali menyatakan bahawa anak perempuannya ini begitu bijak dan minatnya yang kearah pertukangan sama seperti nya. Morgan juga pernah memakai topeng Iron milik ibunya!

Kate Bishop

Selain Iron Man, Hawkeye turut mempunyai anak! Salah seorang anak perempuan Hawkeye ditunjukkan dengan jelas dalam EndGame dimana kelihatan kedua-duanya sedang menjalani sesi memanah. Kuat betul petunjuk ini bukan?

Stature

Ant-man adalah penyelamat! Masih ingat babak Scott Lang berjumpa dengan anaknya Cassie selepas 5 tahun terperangkap dalam Quantum Realm? Ketika itu Cassie sudah pun meningkat dewasa dan jika mengikut jalan cerita komik, Cassie bakal bergelar Stature.

Photon

Ayuh imbas kembali kepada filem Captain Marvel. Monica Rambeau yang merupakan anak kepada kawan baik Captain Marvel berperanan besar dalam menentukan sejarahnya. Dimana warna baju rasmi Captain Marvel telah dipilih oleh Monica. Mahu menjadi sepertinya, Monica digambarkan akan menjadi Photon.

Penasihat Young Avengers – Patriot

Dalam EndGame juga, kelihatan Captain America menyerahkan perisai miliknya kepada Falcon yang selama ini benar-benar mengagumi figura itu sebagai idola nya. Berdasarkan kisah MCU, Falcon akan berubah menjadi Patriot! Menurut ramalan peminat pula, kesemua watak ini akan digabungkan menerusi satu filem baharu yang dikenali sebagai Young Avengers manakala Patriot mengambil alih tugas Captain America sebagai penasihat kumpulan adiwira ini.

Marvel Cinematic UniverseYoung Avengers
https://lomp.at/yc6y9
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore