Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Masih Ingat Pada ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai? Ini Rupa Terkininya Selepas 27 Tahun

by Nurul A.
September 24, 2025
Foto - News 18

Foto - News 18

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Mari kita kembali ke tahun 1998, apabila filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ telah menyentuh emosi pencinta filem dan menjadi salah satu filem ikonik dalam sejarah Bollywood.

Ketika semua orang fokus kepada cinta segi antara Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji, seorang kanak-kanak perempuan secara senyap telah mencuri perhatian ramai dengan sikap innocent. 

Kanak-kanak perempuan tersebut, yang bernama Sana Saeed, ketika itu baru berusia 10 tahun apabila dia memikat penonton dengan mata bulatya dan juga ragamnya.

View this post on Instagram

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Dilahirkan pada 22 September 1988, watak “Anjali” itu kini berusia 37 tahun dan kalau kamu rasa kamu masih ingat rupanya, sila fikirkan semula.

View this post on Instagram

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Selepas 27 tahun filem itu ditayangkan, Sana Saeed hampir tidak dikenali kerana wajahnya telah berubah sepenuhnya sejak meningkat dewasa. Di Instagram, Sana sering berkongsi gambar dan video mengenai kehidupannya untuk peminat yang masih mengingatinya sebagai “Anjali”.

View this post on Instagram

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Selepas kejayaannya dalam ‘Kuch Kuch Hota Hai’, Sana telah muncul dalam beberapa filem Bollywood seperti ‘Badal’ dan ‘Har Dil Jo Pyar Karega’. Dia juga pernah membintangi beberapa siri popular televisyen seperti ‘Ek Pyara Sa Bandhan’, ‘Kahiin To Hoga’ hingga ‘Sajan Ghar Jaana Hai’.

Dia juga pernah mencipta semula dirinya menerusi televisyen realiti seperti ‘Jhalak Dikhhla Jaa’ (Musim 6 dan 7), ‘Fear Factor: Khatron Ke Khiladi’ (Musim 7) dan ‘Comedy Circus’,

View this post on Instagram

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Bukan itu sahaja, Sana juga pernah menjadi hos rancangannya sendiri iaitu MTV Splitsvilla Sexy Sana Show pada tahun 2013.

Manakala dalam bidang pendidikannya pula, Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Dan kini dia telah berpindah ke Los Angeles untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan filem dan lakonan di New York Film Academy.

View this post on Instagram

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Walaupun kini Sana sudah dewasa, tetapi dia tetap diingati sebagai ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai yang nakal dan ceria!

Akui Takut Kecaman Netizen, Aishwarya Tolak Watak Ini Dalam 'Kuch Kuch Hota Hai'
anjalianjali kuch kuch hota haiKuch Kuch Hota Haisana saeed
https://lomp.at/swzgd
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Foto - @mohd_benladin (IG)
Lokal

“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

by Nurul A.
March 25, 2026

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara