• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Masih Menjadi Misteri! 3 Fakta Hilangnya Anita Sarawak Yang Anda Patut Tahu

by Naddy Joe
March 10, 2021
Share on Facebook

Di manakah gerangan penghibur bertaraf superstar Ithnaini Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak yang telah ‘menghilangkan’ diri selama lebih 10 tahun dari industri hiburan bersama suaminya. Beliau sangat terkenal pada era awal 1960-an sehingga tahun 20-an dengan lagu-lagu seperti Ayam Den Lapeh, Lodeh Mak Lodeh, dan Seksis.

YouTube video

Pada tahun 1966 hingga 2006 , Anita Sarawak telah muncul dalam beberapa buah filem seperti filem hitam putih  Dua Kali Lima (1966) di bawah arahan M. Amin, filem romantik Mr. Cinderella 2 (2002) di bawah arahan Din C.J, dan filem komedi Diva Popular (2006) di bawah arahan Erma Fatima.

Pelbagai Spekulasi

Pelbagai spekulasi kedengaran semenjak Anita Sarawak ‘menghilang diri dari dunia nyanyian dan lakonan. Diam tak diam, sudah lebih 10 tahun Anita Sarawak hilang dari radar dunia hiburan dan pelbagai spekulasi tersebar, namun tiada siapa yang menjawab kesahihannya. Berikut beberapa spekulasi yang menjawab mengenai kehilangan Anita Sarawak yang kami cuba rangkumkan.

Adakah Anita Sarawak Berada Dalam Keadaan Baik?

Adik kepada Anita Sarawak, Noorkumalasari menyatakan bahawa beliau tidak tahu apa yang harus beliau katakan.

“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan. Saya harap begitu. Kita semua mendoakannya. Kerana saya tidak berpeluang untuk bercakap dengannya. Kakak sulung saya bercakap dengan Mahathir (suami Anita) dan beliau menyatakan kedua-duanya baik-baik sahaja.”- Noorkumalasari

Berhijrah Ke Amerika Syarikat

Menurut The Star, dalam rancangan Next To Neelofa pada 24 September 2020, hos rancangan Neelofa bertanyakan mengenai perkembangan Anita Sarawak kepada Noorkumalasari yang merupakan adiknya. Noorkumalasari menyatakan bahawa Anita Sarawak dan suaminya sama-sama melibatkan diri dalam perniagaan hartanah dan akan pergi ke seluruh Amerika Syarikat.

“Daripada perbualan kami sebelum ini, mereka menjalankan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah, dan mereka akan selalu berpindah randah ke seluruh Amerika Syarikat.”- Noorkumalasari

Mahukan Kehidupan Seperti Orang Biasa?

Dipetik dari laman MStar, Noorkumalasari memberitahu bahawa kakaknya mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Sebenarnya Anita mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Dia tidak mahu lagi hidup sebagai orang yang dikenali.”- Noorkumalasari

Sehingga kini masih menjadi persoalan ke manakah hilangnya penyanyi dan pelakon yang menjadi pujaan ramai pada suatu ketika dahulu. Teringin nak lihat persembahannya yang energetik di atas pentas lagi!

https://lomp.at/ju5i1
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  5. 5

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore