Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Masih Rasa Selamat Berada Di Bawah Ketiak Suami, Zizi Kirana Jadikan Kisah Penceraian Rakan Artis Ikhtibar

by Puteri Alia
July 7, 2023
Share on Facebook

Sebuah perkahwinan bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal kepercayaan.

Mustahil untuk kita bayangkan sebuah rumahtangga yang dibina tanpa ada rasa percaya di antara suami dan isteri berkaitan ketelusan, kejujuran dan keikhlsan masing-masing.

Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri disaran agar  mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.

Namun begitu bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan.

Apatah lagi melahirkan kepercayaan kepada insan yang selama ini disayangi atas faktor luaran pasangan mahupun faktor kesangsian yang sentiasa memainkan peranan memburukkan keadaan.

Oleh itu,  tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya-mempercayai meskipun sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Berbahas soal ini, pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana masih dalam fasa berbulan madu apabila ke Turkiye, baru-baru ini.

Menurut Yusuf, dia ke Turkiye atas urian kerja, namun mengambil kesempatan untuk membawa isterinya sekali.

“Saya ke Istanbul untuk bekerja sambil berjalan. Saya bawa isteri sekali sebab banyak tempat cantik, jadi rugi kalau tak bawa pasangan. Mana boleh tinggal.

“Bukan tak boleh berjauhan, cuma saya rasa boleh bawa pasangan, jadi saya tanya pihak produksi dahulu dan mereka benarkan, saya bawalah,” katanya.

Malah, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, turut berkongsi dia berasa selamat apabila sentiasa berada disisi suaminya itu.

“Saya sudah beritahu pada pengurus jangan ambil sebarang tawaran selama 10 hari.

“Saya rasa selamat berada di bawah ketiak suami saya,” ujar Zizi.

Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan selebriti tidak menganggu kehidupannya dan isteri, malah berpegang kepada prinsip kepercayaan.

“Tidak menganggu kami sebagai suami isteri atas isu semasa yang berlaku pada rakan-rakan selebriti.

“Ujian manusia ini berbeza, jadi kita ambil iktibar daripada kisah mereka.

“Kita doakan untuk kebaikan mereka, mungkin esok lusa Allah uji kita pula, itu kita pun tak tahu, tetapi minta diajuhkan perkara tidak baik.

“Saya minta isteri memberi kepercayaan sebab rumah tangga ini berdiri atas sebab kepercayaan dan iman. Insya-Allah akan dilindungi rumah tangga kita,” ujarnya menerusi program hiburan popular TV3, Melodi.

Yusuf turut mengakui, isterinya itu sangat memahami dan bersikap profesional apabila melihat lakonannya bersama pasangan dalam sesebuah karya.

[VIDEO] Zizi Kirana Ditangkap Tentera Isr43l, Rakyat Malaysia Titip Doa

“Sebagai pelakon, kita kena fokus. Bila isteri tengok lakonan saya bersama rakan gandingan, saya harap dia faham dengan karier saya.

“Alhamdulillah, dia juga faham dan profesional,” tutupnya positif.

Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dalam sebuah majlis tertutup.

zizi kirana
https://lomp.at/onhhc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara