Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Masuk Hospital Kerana Hamil? Ini Jawapan Amira Othman

by Nurul A.
November 26, 2025
Foto - @amiraaothman (IG)

Foto - @amiraaothman (IG)

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Desas desus mengenai berita kehamilan Amira Othman muncul selepas penyanyi itu ditahan di hospital dan tidak dibenarkan terbang ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran bersama suaminya, Fattah Amin baru-baru ini.

Spekulasi tersebut turut mencuri perhatian Amira sehinggakan dia akhirnya membuka mulut menjawab persoalan orang ramai mengenai keadaan sebenarnya.

View this post on Instagram

Memetik beberapa kenyataannya di portal hiburan tempatan, Amira memilih untuk tidak mengulas panjang dan hanya memohon doa yang baik daripada orang ramai.

“Saya mohon doakan yang baik-baik. Kalau ada rezeki, ada berita baik, sesuai pada waktunya saya akan kongsikan.”

Namun isteri Fattah itu juga tampil mendedahkan sebab sebenar mengapa dia dimasukkan ke hospital sehingga tiga pakar menasihatinya untuk tidak menggembara ke Korea Selatan dalam masa terdekat.

“Tetapi saya masuk ke hospital memang sebab bronkitis. Waktu itu saya sukar untuk bernafas. Kebetulan saya ada jadual penggambaran di Korea. Jadi saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan, doktor pun nasihatkan saya untuk tidak pergi.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Amira turut meluahkan rasa syukur apabila kesihatannya semakin membaik selepas menerima rawatan di hospital.

“Alhamdulillah sekarang dah beransur sihat tapi ada lagi yang belum pulih sepenuhnya. Ikutkan dah kali kedua saya kena (bronkitis). Saya sedikit sensitif la. Yelah, kita tak tahu keadaan sekeliling macam mana. Kita pun keluar hari-hari, benda pun nak jadi.”

View this post on Instagram

Memberi respons terhadap soalan mengenai anak, penyanyi itu menganggap ia adalah lumrah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

“Benda baik kita aminkan, belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, tanya bila nak ada anak, dah ada anak pertama, tanya bila yang kedua. Saya rasa itu lumrah. Tak ada apa yang saya harus ambil hati. Mudah-mudahan doa itu Allah kabulkan.”

Sebelum ini, Amira Othman berkongsi di media sosial, menjelaskan bahawa suaminya, Fattah Amin terpaksa berangkat ke luar negara bersendirian untuk penggambaran Rissa kerana dia dimasukkan ke hospital.

Sissy Iman Dedah Amira Othman Tak Pernah Tinggal Solat, Sanggup Tahan Diri Demi Wuduk
Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/ubgli
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Anak Aidid Marcello Dapat 8A Dalam SPM-“Alhamdulillah, Ini Semua Kerja Allah..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen mereka menemani anak kedua,...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Lokal

Ikmal Amry ‘Throwback’ Jadi Peminat Amyra Rosli, Curi Perhatian Netizen!-“Sekarang Dia Pula Kena Panggil Saya Abang..”

by Naddy Joe
April 9, 2026

Aktor, Ikmal Amry mencuri perhatian netizen selepas mengimbas kembali kenangan dirinya yang menjadi peminat kepada pelakon jelita, Amyra Rosli. Pasang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara