Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mawar Rashid Selesai Tunai Umrah, Tampil Mohon Maaf-“Jika Ada Yang Tersimpan Di Hati, Terasa…”

by Naddy Joe
November 19, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial mengenai dirinya yang baru sahaja selesai menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid menerusi hantaran di Instagram turut memohon maaf buat orang ramai andai ada yang terasa hati dengan tutur kata dan perbuatannya sama ada disedari ataupun tidak.

“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT. Amin ya Rabb.

Mawar ingin memohon maaf dari hati yang paling dalam… andai selama ini ada tutur kata yang terkasar, perbuatan yang menyinggung, atau apa sahaja kekurangan Mawar, sama ada yang Mawar sedar ataupun tidak 🙏

Jika ada yang tersimpan di hati, terasa, atau ada perkara yang ingin disampaikan, pintu DM Mawar sentiasa terbuka. Mawar terima dengan hati yang reda, kerana Mawar sedar setiap manusia tak lari dari khilaf.”-tulis Mawar di Instagram

View this post on Instagram

“Akak Kena Janji Pakai Tudung Setiap Hari Tau..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat pelakon berusia 30 tahun ini selain mengharapkan bakal ada perubahan apabila dia  kembali ke tanah air kelak.

“MasyaAllah Mawar cantik sangat. Semoga Umrah mabrur love! ❤️.”

“Semoga ada perubahan bila balik sini nanti. Hargai ketika Allah menjemput kalian. Sesungguhnya ramai yang ingin ke sana tetapi belum berkemampuan. Bila anda terpilih, bersyukurlah. Semoga mendapat Umrah yang mabrur.”

“Alhamdulilah, jaga diri elok-elok di sana.”

“Akak kena janji pakai tudung setiap hari tau.”

Sekadar info, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada 2017 sebelum sah bercerai pada November 2023 disebabkan tiada persefaham.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang.

"Buka Tudung Terus Seksi!" - Perkongsian Terkini Mawar Rashid Undang Kecaman Netizen
mawar rashid
https://lomp.at/jvx1z
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara