Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025
Share on Facebook

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru berjudul Thariq Ridzuwan: His Treasure. Drama arahan Eyra Rahman itu menyaksikan dia bergandingan bersama pelakon Qasrina Karim, dan kemesraan mereka di set telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Namun, pelakon berusia 24 tahun itu tampil menafikan sekeras-kerasnya bahawa hubungan mereka melangkaui batas profesional. Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, apa yang terlihat mesra di media sosial hanyalah sebahagian daripada urusan kerja. Malah, satu-satunya rakaman video mereka bersama yang dimuat naik di TikTok dibuat ketika penggambaran dan bukannya atas kapasiti peribadi.

“Kami menjadi pasangan kekasih dalam drama itu sahaja. Malah, hanya satu video bersama yang pernah saya rakam dengan Qasrina dan dimuat naik di TikTok. Itu pun semasa berada di set penggambaran. Tapi, dakwaan yang timbul mengatakan kami selalu buat video bersama, tidak betul,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Home Of Drama tayangan Astro.

Meerqeen juga menyifatkan babak-babak dalam drama tersebut yang kemudiannya tersebar di media sosial mungkin telah disalah anggap sebagai rakaman peribadi, sedangkan ia adalah sebahagian daripada tugas mereka sebagai pelakon. Ketika menjalani penggambaran, jelasnya lagi, mereka sememangnya banyak menghabiskan masa bersama, namun semua itu atas dasar komitmen kerja dan bukan disebabkan hubungan luar set.

Walaupun ada segelintir peminat yang berharap agar hubungan mereka berlanjutan ke alam realiti, Meerqeen menegaskan bahawa tumpuannya kini hanya pada kerjaya seni. Dia mengakui sudah lali dengan gosip dan tidak mudah tergugat dengan komen atau spekulasi yang timbul, malah lebih selesa tidak membaca atau mengambil tahu hal-hal sedemikian.

Meerqeen Akui Pernah Terperangkap Dalam Hubungan Toksik, Kepala Dipijak Kekasih

Dalam masa yang sama, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut berkongsi pengalamannya melakonkan watak Thariq, seorang anggota elit yang setia dan berdepan cabaran menyelamatkan cinta pertamanya daripada perkahwinan paksa. Katanya, karakter tersebut agak mencabar kerana memerlukan babak aksi dan permainan emosi yang mendalam.

Meerqeen turut merakamkan penghargaan kepada Eyra Rahman yang banyak membimbingnya sepanjang penggambaran. Mereka kerap berbincang agar watak Thariq dapat direalisasikan dengan berkesan, sekaligus mempamerkan sisi lakonan yang lebih matang dan meyakinkan.

Meskipun dipersoalkan oleh sesetengah pihak mengenai pemilihannya sebagai teraju utama dalam drama adaptasi novel romantik popular itu, Meerqeen tidak ambil hati. Katanya, dia dibayar untuk berlakon dan keutamaan kini adalah memberikan hasil terbaik, bukannya melayan kritikan yang datang tanpa asas.

Bagi Meerqeen, apa yang penting bukan persepsi luar, tetapi bagaimana dia menghidupkan watak yang diberikan dengan jujur dan komited, walau sekuat mana sekalipun spekulasi yang datang mengiringi setiap langkahnya dalam industri seni.

merqeenqasrina karim
https://lomp.at/6xy82
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara