Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026
Share on Facebook

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun ini, penyanyi dan pelakon popular Izzue Islam tampil dengan single raya berjudul “Dulu Kini Raya”, bergandingan bersama penyanyi Dehaniff.

Menariknya, bukan sahaja lagunya mencuri perhatian, malah pembikinan video muziknya juga dikatakan agak luar biasa.

Menurut Izzue, pembikinan video muzik lagu tersebut dilakukan dengan pendekatan yang sedikit “gila”, namun semuanya demi menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada video muzik raya biasa.

“Memang ada sedikit ‘gila’ dalam pembikinan video muzik ini, tapi bagi kami, kalau nak buat sesuatu, biar buat betul-betul. Kami mahu bagi penonton pengalaman visual yang lain daripada video muzik raya biasa,” katanya.

View this post on Instagram

Lebih mencabar, beberapa idea yang diketengahkan dalam video muzik itu melibatkan penggunaan kren skylift serta kemunculan lembu dalam babak tertentu, sesuatu yang jarang dilihat dalam video muzik raya.

YouTube video

Walaupun pelaksanaannya tidak mudah dan memerlukan kos yang agak besar, Izzue tetap mahu semua idea tersebut direalisasikan.

“Apabila ada idea bawa lembu, guna kren skylift dan sebagainya, kami tetap mahu realisasikan walaupun mencabar dan kosnya agak besar,” jelasnya.

Dalam masa sama, Izzue menegaskan bahawa usaha menghasilkan video muzik yang unik itu bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan artis lain yang turut melancarkan lagu raya.

Sebaliknya, apa yang lebih penting baginya adalah memastikan penonton mengingati karya tersebut.

“Ini bukan soal nak berlawan dengan video muzik lagu raya artis lain, kami cuma mahu buat orang ramai ingat, itu saja,” katanya lagi.

Lagu “Dulu Kini Raya” merupakan hasil ciptaan komposer Firdaus Rahmat dan John Jeeves yang turut menulis liriknya. Manakala video muzik pula diarahkan oleh Arul.

Dengan gabungan idea kreatif dan konsep yang berani, tidak mustahil “Dulu Kini Raya” bakal menjadi antara video muzik raya yang paling diingati tahun ini.

izzue islam
https://lomp.at/bz4mu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
Lokal

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-“Kenapa Korang Biadab Sangat?..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan salah seorang netizen yang bersikap biadap dengan mengutuk wajah anak angkatnya,...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara