Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Memang Saya Jumpa Fyna,” – Datuk Zainal Abidin Akui Berjumpa Bekas Isteri Untuk Selesaikan Beberapa Perkara

by Puteri Alia
August 22, 2023
Share on Facebook

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya merupakan satu harapan setiap pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci sebagai suami isteri.

Apabila seseorang itu melalui alam rumah tangga, sudah tentulah setiap daripada kita mengimpikan kehidupan bahagia tanpa adanya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian.

Bagaimanapun jika berlaku apa-apa masalah besar dalam rumah tangga maka syarak menggalakkan agar suami dan isteri tahammul (bertahan) namun jika sesuatu hubungan itu melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu untuk mempertahankannya.

Andai pelbagai usaha telah dilakukan tetapi takdir menentukan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik maka redalah dan teruskan kehidupan yang masih berbaki kerana dunia tidak akan pernah kiamat dengan asbab perceraian.

Bahkan, di kala segelintir pasangan memilih bertelagah dalam urusan penjagaan anak selepas bercerai, ada juga pasangan mengambil jalan perpaduan dengan mengekalkan hubungan baik antara bekas suami isteri.

Sebagai contoh, bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin mengesahkan bahawa dia memang ada berjumpa dengan bekas isteri, Fyna Jebat di sebuah kedai makan baru-baru ini.

Kata pemilik nama lengkap, Zainal Abidin Hassan itu perjumpaan tersebut diadakan untuk menyelesaikan beberapa perkara pasca perceraian.

“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri. Kami dah berpisah dengan cara damai.

“Berjumpa dan pergi makan sebab nak selesaikan beberapa masalah,” kata Pengarah Teknikal IFC itu dalam satu wawancara bersama Astro Arena, baru-baru ini.

Dijentik kenyataan  seloroh berbunyi kalau ingin makan lain kali usahlah berdua-duan oleh hos Hafizal Ahmad, jawab Zainal, 61, bersahaja: “Hal peribadi.”

Terdahulu, tidak sampai tiga bulan selepas didakwa bercerai, Zainal dan bekas isteri Fyna yang juga merupakan seorang penyanyi dilihat bersarapan bersama di sebuah restoran makanan Melayu di Damansara, minggu lalu.

Memetik laporan Kosmo, Fyna yang dihubungi Ahad lalu enggan memperincikan tentang pertemuan dengan bekas suami dan memohon agar diberikan ruang.

“No, no, no! (Tidak, tidak, tidak)! Saya tak nak cakap apa-apa. Saya mohon difahami.

“Terima kasih sebab telefon tapi lebih baik saya tidak boleh beri sebarang komen,” kata Fyna, 30.

Ketika pertemuan, Fyna yang berambut paras bahu awalnya duduk secara berdepan dengan Zainal, tetapi kemudian mengubah kedudukannya lebih hampir dengan bekas suaminya.

Susulan video dikongsikan dalam Instagram dan TikTok, netizen tertanya-tanya mengenai status perceraian yang pernah didedahkan anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah.

Malah ada dalam kalangan pengikut laman sosial beranggapan Zainal dan Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat sudah kembali rujuk.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

datuk zainal abidinfyna jebat
https://lomp.at/epp4p
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
Spotlight

Di Usia Melebihi 40 tahun, Nora Danish Anggap Jodoh Bukan Suatu Paksaan

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Dalam dunia selebriti yang sering dihimpit persoalan peribadi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Namun bagi Nora Danish,...

Read moreDetails
Foto - @azarazmiofficial (FB)
Lokal

“Penat Hidup, Kesilapan Aku Terlalu Percayakan Orang”- Azar Azmi

by Nurul A.
April 9, 2026

Selepas sekian lama menyepi daripada perhatian umum, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil membuka mulut, menjelaskan khabar angin mengenai rumah tangganya....

Read moreDetails
Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara