Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Menang American Idol Ubah Hidup Kelly Clarkson?

Kelly mengucapkan rasa terima kasih kepada mereka yang mengundinya pada 20 tahun lalu

by Puteri Alia
September 5, 2022
via Instagram Kelly Clarkson/Biography

via Instagram Kelly Clarkson/Biography

Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan juara American Idol Musim Pertama, Kelly Clarkson yang berjaya membolot tempat pertama dalam program nyanyian realiti pada tahun 2002.

Kemenangan 20 Tahun Lalu Ubah Hidup Kelly

Murai MY menjengah ke Instagram penyanyi berbakat ini, Kelly memuatnaik coretan mengimbau kembali kemenangannya dalam program tersebut mengubah hidupnya.

“20 tahun yang lalu pada hari ini, saya memenangi American Idol dan selamanya mengubah perjalanan hidup saya.

Pada detik itu pintu tersebut membuka banyak akses dan peluang, dan rakan kongsi yang kreatif yang saya sangat bersyukur pada semua hari-hari saya.” Coretnya

Rasa Berterima Kasih

Kelly juga menitipkan rasa bersyukur dan rasa berterima kasih pada orang ramai yang mengundinya semasa menyertai program nyanyian realiti terkenal itu pada 20 tahun lalu.

“Terima kasih banyak pada setiap seorang yang mengundi pada 20 tahun lalu! Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Saya harap anda semua memiliki orang-orang yang penuhi hidup anda dengan gelak ketawa dan harapan, dan kebahagiaan.

Dan jika anda tidak merasai anda memilikinya, jadi teruskan mencari kerana saya berjanji pada anda mereka juga mencari anda.” Tulis Kelly

via Instagram Kelly Clarkson

Peminat Titip Ucapan

Muatnaik Kelly menarik perhatian ramai peminatnya di media sosial, rata-rata ramai yang memberi komen meluahkan rasa bangga terhadap penyanyi hebat ini.

“Anda sememangnya hebat. Saya sangat bangga dengan anda.”

“Anda yang terbaik Kelly!!”

“Seorang ikon!!!” Komen mereka

via Instagram Kelly Clarkson

“Masih ingat lagi mengundi untuk anda.”

“Saya undi untuk anda pada 20 tahun lalu!!”

“Kami sayangkan anda.” Komen mereka lagi

Untuk rekod, Kelly Clarkson merupakan juara program nyanyian realiti American Idol Musim Pertama pada tahun 2002.

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

Dan sejak dari tahun tersebut, penyanyi berbakat ini berjaya menawan hati ramai peminat dari seantero dunia dengan lagu-lagu yang top seperti ‘Stronger’, ‘Because Of You’, Since U Be Gone’ dan banyak lagi.

american idolKelly Clarkson
https://lomp.at/byxne
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Foto - @keanureeves.media (IG)
Lokal

Pelakon Keanu Reeves Bongkar Realiti Dunia Hollywood- “Jangan Jadi Orang Tak Waras”

by Nurul A.
April 8, 2026

Pelakon Hollywood popular, Keanu Reeves dikenali kerana lantang bersuara tentang industri hiburan yang sangat mencabar. Dalam salah satu temu bual...

Read moreDetails
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara