Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Menara MAHA Langkawi: Ikon Baharu Kuah Dengan Panorama 360 Darjah & ‘Walk on Air’ Paling Ikonik

by Farah Fatihah
December 27, 2025
via @mahatowerlangkawi

via @mahatowerlangkawi

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Langkawi sememangnya tidak pernah kehabisan tarikan menarik untuk pelancong. Selain keindahan pantai dan pulau-pulau sekitarnya, kini Langkawi tampil dengan satu mercu tanda baharu yang semakin mencuri perhatian ramai iaitu Menara MAHA Langkawi. Berdiri megah di bandar Kuah, menara ini bukan sekadar struktur tinggi, malah simbol keyakinan, keberanian dan kebangkitan baharu pulau legenda ini.

Nama “MAHA” diambil daripada perkataan Melayu yang membawa maksud “Yang Maha Agung”. Ia melambangkan kehebatan serta kekuatan, di samping menghormati kisah lagenda Mahsuri yang sinonim dengan Langkawi.

via @mahatowerlangkawi

Reka bentuk menara ini diinspirasikan daripada gaun pengantin sebagai simbol kesucian dan keanggunan Mahsuri, manakala motif bunga raya yang menghiasi struktur menara pula menjadi lambang kebanggaan negara.

Menara MAHA menjadi pusat tumpuan baharu Langkawi City dan dirancang sebagai nadi utama aktiviti pelancongan serta hiburan. Dari jauh, reka bentuknya yang unik membuatkan ramai mengaitkannya dengan Menara Eiffel di Paris, namun sentuhan seni bina tempatan menjadikan MAHA Tower tampil lebih istimewa dan beridentiti sendiri.

Panorama 360 Darjah & Pengalaman ‘Walk on Air’

Salah satu tarikan utama di sini ialah dek pemerhati di tingkat 18 dan 33 yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah bandar Kuah serta Laut Andaman. Lebih mencabar, pengunjung boleh mencuba pengalaman berjalan di atas jubin kaca di dek tertinggi. Bagi yang gayat, memang akan berdebar, tetapi pengalaman ini sememangnya sukar dilupakan.

View this post on Instagram

Pada waktu siang, menara ini kelihatan berkilauan seperti pohon perak yang disimbah cahaya matahari. Apabila malam menjelma pula, Menara MAHA bercahaya indah seolah-olah ribuan bintang menghiasi langit Langkawi, menjadikannya pemandangan yang cukup memukau dan sesuai untuk bergambar.

Lebih Daripada Sekadar Menara Tinggi

via @mahatowerlangkawi

Selain menikmati pemandangan, Menara MAHA turut menawarkan pelbagai kemudahan lain seperti Sky Lounge di tingkat 18 yang menyajikan hidangan tempatan sambil menikmati panorama laut.

Terdapat juga ruang aktiviti dan hiburan, kedai-kedai runcit, restoran al fresco, serta kawasan Maha Square yang menampilkan persembahan pentas, kraf tempatan dan acara santai untuk pengunjung.

Menara MAHA Langkawi bukan sekadar tarikan pelancongan, tetapi simbol masa depan Langkawi sebagai destinasi bertaraf dunia. Jika berkunjung ke Langkawi, jangan lepaskan peluang singgah ke menara ikonik ini dan rasai sendiri pengalaman luar biasa yang ditawarkan.

[VIDEO] Temple Tree Langkawi: 'Charge' Tenaga Dengan Percutian Yang Lebih Tenang & Jauh Dari Bandar!
langkawimenara maha langkawitravel
https://lomp.at/iuwe4
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Tak Sangka Putrajaya Secantik Ini! 5 Spot Wajib Untuk Healing & Bergambar

by Farah Fatihah
March 8, 2026

Tak sangka kan, Putrajaya sebenarnya penuh dengan sudut indah yang mampu buat kita rasa macam sedang bercuti di luar negara....

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
LifeXplore

Viva Circus Festival 2026 Kembali, 5 Hari Penuh Akrobatik & Seni Udara

by Zaidin Albert
March 27, 2026

Hari ini, Viva Vertical secara rasmi memperkenalkan Viva Circus Festival 2026, festival lima hari yang meraikan seni akrobatik udara, persembahan...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara