• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Menarik! Lazada Anjurkan Lawatan Maya Yang Pertama Di Zoo Negara

by Naddy Joe
December 8, 2020
Share on Facebook

Menjelang Jualan Akhir Tahun Terhebat Lazada 12.12, Lazada Malaysia akan menganjurkan lawatan maya yang pertama menerusi LazLive di Zoo Negara. Para penonton yang menderma RM25 kepada Zoo Negara akan disubsidikan dengan rebat RM25 dari LazadaForGood. Selain itu, lima penderma bertuah LazadaForGood turut berpeluang untuk beramah mesra menerusi pertandingan Facebook Make-Your-Wish 12.12.

Lawatan Maya Pertama Di LazLive Dengan Pelawak Dr. Jason Leong

Dari 10.30 hingga 11.30 pagi pada 11 Disember, sehari sebelum Jualan Akhir Tahun Terhebat Lazada 12.12, Lazada akan menganjurkan lawatan maya Zoo Negara secara percuma di dalam aplikasi Lazada bagi membolehkan para pencinta haiwan berkunjung ke zoo berkenaan dengan selesa dan selamat dari kediaman masing-masing.

Diacarakan Oleh Pelawak Terkenal Malaysia

Sesi LazLive tersebut akan diacarakan oleh pelawak terkenal Malaysia, Dr. Jason Leong, yang akan membawakan kemeriahannya kepada semua penonton. Semasa lawatan maya LazLive itu, Dr Jason akan melawat dan mempersembahkan sesi memberi makanan kepada haiwan di zoo berkenaan, seperti Sam sang singa, Vani sang harimau putih, Flash sang cheetah, Choki sang orang utan Sumatera, Sibol sang gajah dan banyak lagi.

Menikmati Rebat Sambil Menderma

Semasa Dr. Jason melawat setiap penempatan hidupan liar berkenaan, para penonton boleh menghulurkan derma pada ketika itu juga. 50 penderma pertama, di setiap lokasi, yang menderma RM25 akan mendapat kembali rebat Lazada Wallet 12.12  RM25 untuk berbelanja dan menikmati penjimatan ‘Beli 1, Dapat2’ pada Lazada 12.12 ini. Mereka yang menderma lebih RM50 akan menerima satu sijil elektronik ‘Haiwan Angkat’ daripada Zoo Negara serta baucar Zoo Negara.

via BERNAMA

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana meluahkan rasa syukur terhadap sokongan daripada rakyat Malaysia budiman yang menghulurkan sumbangan bagi membantu memulihara zoo ini melalui LazadaForGood.

“Dengan adanya Lazada Malaysia sebagai rakan, kami berupaya menerokai platform moden untuk berhubung dengan para pencinta haiwan dan kekal mapan. Antaranya adalah seperti menerusi inisiatif penstriman secara langsung di dalam Lazada di mana kita dapat menawarkan sesi lawatan maya percuma bagi membantu mengumpul dana untuk menjaga haiwan-haiwan di zoo ini.”- Kata Timbalan Presiden Zoo Negara

Pertandingan Facebook Make-Your-Wish Untuk LazadaForGood

Semua penderma yang menghulurkan sumbangan kepada mana-mana NGO di dalam LazadaForGood mulai hari ini hingga 11 Disember, seperti UNICEF, Hospis Malaysia, Mercy Malaysia dan banyak lagi, berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada lima pemenang bertuah Make-Your-Wish untuk sesi beramah mesra dengan selebriti tempatan kegemaran anda.

Para pemenang berpeluang melakukan aktiviti maya yang menyeronokkan bersama-sama selebriti berkenaan, seperti berduet di dalam TikTok dengan Ain Edruce, konsert peribadi dengan Ayda Jebat, menyanyi dan menari oleh Ismail Izzani, janji temu makan malam percuma dengan Sean Lee, dan menikmati hidangan yang disediakan oleh Joey Leong.

Anda hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah iaitu, berkongsi gambar skrin sumbangan anda berserta dengan nombor pesanan anda di bahagian komen hantaran pertandingan Make-Your-Wish di dalam Facebook Lazada Malaysia, pilih selebriti yang anda ingin menangi untuk sesi ramah mesra maya, dan nantikan pengumuman para pemenang semasa 12.12 Chief Discount Offer Show pada 11 Disember mulai 9 hinga 11 malam menerusi LazLive di dalam aplikasi Lazada.

Anda boleh melayari LazadaForGood dan Lazada untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Jom shopping di Lazada sambil menderma sekarang!!

https://lomp.at/dww23
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura

by Noah Ab
November 6, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fazura menanyakan kepada Fatima soalan yang diajukan dari netizen mengenai adakah Fatima mahu...

Read more
Foto - Koreaboo
Korea

Ingatkan Radang Mata, Rupanya Lee Dong Gun Hidapi Penyakit ‘Rare’ Tidak Boleh Diubati!

Pelakon Korea Selatan, Lee Dong Gun telah disahkan menghidap ankylosing spondylitis semasa penampilannya di episod akhir program realiti 'My Little Boy'...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Foto - @govinda_herono1 (IG)
Bollywood

Ketika Govinda ‘Sidai’ Sanjay Dutt Selama 9 Jam Di Set- “Saya Sangat Marah & Hilang Sabar”

Pelakon Rajat Bedi baru-baru ini mendedahkan pengalaman yang tidak dapat dia lupakan di set penggambaran filem 'Jodi No. 1', yang...

Read more
by Nurul A.
October 24, 2025
Bollywood

[VIDEO] Aksi Lucu Shah Rukh Khan & Salman Khan ‘Main Game’ Buatkan Peminat Teruja

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan dua pelakon popular Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan yang bermain permainan...

Read more
by Noah Ab
November 23, 2025
Lokal

“Hati-Hati FattMira, Tak Semua Suka Tengok Bahagia” – Netizen Tegur Fattah Amin & Amira Othman Terlalu Tunjuk Mesra

Pasangan suami isteri popular, Fattah Amin dan Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul bersama dalam sesi Meet &...

Read more
by Puteri Alia
November 12, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  3. 3

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  4. 4

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore