Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mengejutkan! Tiada Sidang Media Di Gegar Vaganza 7

by Khai Azfar
October 12, 2020
Share on Facebook

Usai daripada persembahan konsert minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7), Murai.my dimaklumkan pihak Astro bahawa tiada sidang media seperti kebiasaan akan diadakan.

Ketatkan SOP

Ini berikutan melihat kepada peningkatan kes baharu Covid-19 di Malaysia yang semakin membimbangkan, pihak Astro mengambil keputusan untuk memperketatkan lagi Standard Operasi Prosedur (SOP) penganjuran konsert GV7 termasuklah untuk pertama kalinya tidak mengadakan sebarang sesi sidang media susulan selepas tamat konsert mingguan bagi mengelakkan pergaulan tanpa pemantauan terperinci serta bersentuhan antara satu sama lain.

Temubual Secara Atas Talian

Bagaimanapun, pihak media boleh membuat temu bual secara atas talian atau menerusi telefon dengan mana-mana bintang dan juri ‘GV7’ atas permintaan. Keputusan tersebut terpaksa dilaksanakan segera bagi menyahut saranan pihak berkuasa yang turut menggesa rakyat negara ini untuk lebih berwaspada dan mematuhi arahan SOP termasuklah mengamalkan penjarakan fizikal, kebersihan kendiri dan memakai pelitup muka di kawasan awam.

Difahamkan, pihak Astro akan menilai semula keputusan untuk menganjurkan sesi sidang media susulan sejurus selepas konsert mingguan berdasarkan kepada jumlah kes dan keadaan penularan wabak ini dari semasa ke semasa.

Markah Penuh GV7 Minggu Pertama 

via Astro Gempak

Dalam perkembangan lain, bagi minggu pertama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menutup konsert minggu pertama dengan persembahan bertarafkan antarabangsa dengan menggabungkan dua buah lagu hits nya berjudul Dondang Dendang dan Dikir Puteri sekaligus mendahului 13 peserta lain bagi musim ini.

  1. Noraniza Idris – 90.90%
  2. Mus – 84.00%
  3. Cliff Umar – 81.00%
  4. Kumpulan Eva – 78.40%
  5. Yantzen – 75.50%
  6. Ayu Damit – 73.50%
  7. Haslinda – 72.60%
  8. Linda Nanuwil – 68.70%
  9. Ashira – 68.20%
  10. Nomad – 65.30%
  11. Oja – 61.50%
  12. Indigo – 60.00%
  13. Aju Success – 57.90%
  14. Rozita Izlyn – 55.40%

GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

gegar vaganzaGegar Vaganza 2020gegar vaganza 7
https://lomp.at/i2hzq
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara