• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Menggigil Baca Skrip, Pelakon Muda Nelissa Terkedu Diraba Ketika Awal Pembabitan Dalam Industri Seni Tanah Air

by Puteri Alia
September 21, 2023
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika awal pembabitan dalam industri seni tanah air, pelakon Nelissa Nizam mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Jelas pemilik nama lengkap Nelissa Edreena Nizam, ketika kejadian, dia sebenarnya masih belum memahami rencah dunia seni dan terpaksa menjadi peramah kerana bimbang dicop sombong.

Malangnya, keramahan yang ditunjukkan disalahfaham lelaki gatal.

“Saya sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang peramah agar orang senang dengan diri kita. Tapi kadang-kadang kita terlalu baik, orang akan salah erti orang itu.

“Apabila ada individu yang cuba tarik kita, buat sesuatu yang agak melampaui batas, perkara itu buat saya jadi trauma.

“Ketika itu saya masih budak dan mentah, dapat pula orang yang lebih berkuasa dan besar daripada kita, senang sahaja untuk dia ambil kesempatan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Susulan kejadian tersebut, aktres berusia 25 tahun itu mendedahkan dirinya mengambil masa yang lama untuk benar-benar mendalami watak Saleha yang dilakonkan dalam Siri Astro Original Riot kerana alur cerita tersebut terlalu dekat dengannya.

Ujar Nelissa, apabila dia membaca skrip siri berkenaan, badannya secara automatik menggigil trauma kerana watak tersebut sangat berkaitan dengannya.

“Ini adalah karakter sangat berkaitan dengan diri saya, menggigil ketika baca skrip sebab saya pun pernah kena benda yang sama macam watak tersebut.

“Pengalaman saya sama macam babak yang berlaku dalam kereta yang digambarkan dalam siri berkenaan, macam ‘flashback’ apa yang berlaku pada saya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon asal Kuala Lumpur itu bersyukur dikelilingi pelakon senior yang sangat membantu selain menghormatinya dirinya sebagai perempuan.

“Syukur pelakon lain seperti abang Rashidi Ishak yang sangat profesional menggalas watknya bahkan dia juga meminta izin untuk menyentuh saya.

“Kami memang ada berbincang dulu teknik, dekat mana mahu pegang dan sebagainya untuk lebih selesa dan tidak berlebihan,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Sarimah Ibrahim juga tampil berkongsi dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika awal kemunculannya dalam industri.

Nelissa nezam
https://lomp.at/zih90
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

[VIDEO] “Kau Cermin Lah Diri Kau Tu”- Shiha Zikir Diperlekeh Artis Lelaki ‘Mulut Puaka’?

by Soph Azz
July 30, 2025

"Kau balik rumah, kau berdiri depan cermin. Kau cermin lah diri kau tu." Tiada siapa yang mahu diherdik dan diperlekeh,...

Read more
Lokal

Isteri Nubhan Dedah ‘Orang Ketiga’ Pernah Bermalam Di Rumah Mereka, Tapi Enggan Panjangkan Isu

Kekal tenang tanpa sebarang emosi keterlaluan, isteri kepada penyanyi dan usahawan terkenal, Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, memilih...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Lokal

[VIDEO] Bella Astillah & Syed Saddiq Buat Trend TikTok, Peminat ‘Cemburu’!- “Kalau Dah Kahwin Ni Confirm…”

Perkongsian Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read more
by Naddy Joe
September 18, 2025
Foto - @mamajobling (IG)
Lokal

[VIDEO] “Takde Niat Suka-Suka Aibkan Dia”- Ibu Dakwa Anna Jobling Dihasut Orang Ketiga?

Nampaknya kemelut antara aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop belum lagi menemui jalan penyelesaian apabila mereka...

Read more
by Nurul A.
August 14, 2025
Screenshot
Gossip

[VIDEO] Zarina Anjoulie Beri Keterangan Kepada MCMC, Cetus Teguran & Nasihat Netizen!

Pelakon, Zarina Anjoulie sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dikatakan terlibat dalam penjualan video berunsur lucah bersama lelaki yang...

Read more
by Naddy Joe
August 27, 2025
Lokal

Elfira Loy Akui Perjuangan Aktivis GSF Tidak Mudah!-“Memang Rasa Bersalah Kalau..”

Pelakon, Elfira Loy mengakui perjuangan para aktivis dan sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla bukanlah satu perkara yang...

Read more
by Naddy Joe
October 7, 2025
Foto - Hib Glam
Lokal

[VIDEO] Pak Nil Dedah Ditegur Imam Besar Masjid Negara- “Puas Hati, Dah Lama Aku Nak Cakap Pasal Ni”

Baru-baru ini, pengacara terkenal Malaysia iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuatkan warganet terkejut dengan pendedahannya di sebuah podcast. Menerusi...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Afwa Main Pickleball Buatkan Netizen Teruja-“Comelnya Dia”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak kepada Biduanita Negara iaitu Afwa Khalid yang sedang bermain pickleball dengan penuh...

Read more
by Noah Ab
August 29, 2025
Lokal

“Saya Tak Salahkan Rakyat Malaysia” – Bella Astillah Mohon Maaf Lepas Dituduh Promosi Jenama Dalam Senarai Boikot

Bella Astillah akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman hebat di media sosial susulan dakwaan mempromosikan jenama yang...

Read more
by Puteri Alia
October 7, 2025
Lokal

Zizan Razak Dedah Pernah Ditipu Ribuan Ringgit Ketika Hulur Bantuan

Zizan Razak menegaskan setiap bantuan atau derma yang diberikan bukanlah untuk meraih perhatian atau pujian, sebaliknya semata-mata kerana Allah SWT...

Read more
by Puteri Alia
September 18, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem