Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti Nurhaliza terus menjadi perhatian. Dalam pada bahang konsert semakin terasa, Biduanita Negara itu  sempat berkongsi kisah awal perjalanan kerjayanya menerusi podcast YouTube, BuatSajaPodcast, satu cerita yang ramai tidak tahu, dan sebenarnya hampir tidak berlaku.

Abang & Kak Rozi, Hero Di Sebalik Tabir

Masa umur Siti baru 15-16 tahun, abang dia, Saiful Bahari, dengan isterinya Kak Rozi, macam guardian angel, ajak dia cuba nasib dalam Bintang HMI. Semua ini dengan izin ayah.

“Abang saya nampak promosi di RTM… masa tu saya tengok juga, tapi tak fikir sejauh itu,” kongsi Siti dalam podcast YouTube BuatSajaPodcast.

MURAI bayangkan, gadis kampung naik bas dari Kuala Lipis terus nak hadap audisi besar!

Hujan Lepas Bas, Audisi Hampir Tutup

Tapi perjalanan tu bukan senang. Hari audisi itu hujan lebat, jalan bas basah, dan Siti nyaris tak sempat masuk audisi.

“Saya antara orang terakhir nak audisi,” katanya.

MURAI cakap lah… kalau lambat sikit, mungkin kita semua tak pernah dengar suara emas ni secara rasmi. Nasib baik sempat kan?

Nyanyi ‘Kaulah Segalanya’, Segan Tapi Memikat Hati

Di dewan audisi, Siti nyanyi lagu Kaulah Segalanya. Walaupun segan sebab datang dari kampung, bakat dia memang lain level.

“Tak rasa pun akan boleh menang,” katanya dalam podcast sambil tersenyum manis.

Dan boom! Dia menang. Juara Bintang HMI. Dari situ, kontrak Suria Records pun datang  mula lah perjalanan seorang legenda.

Konsert Kian Hampir, Siti Beri Teguran

Di samping mengenang zaman awal kerjaya, Siti turut menegur perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang berkongsi paparan situasi stadium menjelang konsert.

[VIDEO] Gelagat Anak Siti Nurhaliza, Afwa Jadi Imam Solat Raih Perhatian Ramai!

Ia bukan sekadar mengganggu privasi, tetapi boleh menimbulkan salah faham di kalangan peminat yang menantikan persembahan mega tersebut.

Dari Remaja Pemalu Ke Dewi Pentas Nasional

View this post on Instagram

Kisah perjalanan Siti daripada gadis kampung yang hampir terlepas audisi, kepada legenda yang bakal meraikan 30 tahun karier di stadium terbesar Malaysia adalah bukti bahawa bintang sebenar sentiasa bersinar walau diuji dari awal.

Dan semua itu… bermula dengan sebuah bas, hujan lebat, dan keyakinan kecil seorang remaja bernama Siti Nurhaliza.

siti nurhaliza
https://lomp.at/dde3h
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Bapa Tiri Titip Pesanan Buat Marissa Dania, Netizen Sebak-“Bertuah Marissa Dikelilingi Keluarga Yang ‘Supportive’..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria tampil memberikan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania selepas tular pengesahan pihak...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Spotlight

Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, baru-baru ini membuka cerita tentang pendekatan baru dalam hidupnya yang ternyata...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara