• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

“Mentua VS Menantu”- 5 Penyebab Kenapa Ramai Wanita Yang Tak ‘Ngam’ Dengan Mentua

by Soph Azz
April 26, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Psst… Kamu perasan tak yang tak semua wanita baik dengan mentua? Kalau ada yang dilayan baik seperti anak sendiri, alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya, memang meranalah sepanjang hidup.

Walaupun ada yang tertanya-tanya kenapa wanita susah sangat nak ‘ngam’ dengan ibu mentua sendiri, mari Miss Murai kongsikan beberapa sebabnya.

Scroll dan baca sampai habis tau!

#1 Selalu kena banding 

Jurang di antara mak mentua dan menantu perempuan untuk rapat adalah sangat besar. Bagi menantu bukan pilihan, nak ambil hati mak mentua memang makan masa yang lama.

Foto – Pinterest

Tambah-tambah lagi bila kamu letak effort untuk semua benda terhadap mak mentua, tunggulah masa untuk dibanding-bandingkan dengan menantu lain.

#2 Menantu kena sindir 

Memang penat mental bila asyik disindir. Lebih-lebih lagi bila soal zuriat. Kadang kala, mak mentua tidak faham apabila kita membuat perancangan keluarga.

Foto – Pinterest

Bagi menantu bukan pilihan pula, mak mentua akan lebih suka menyindir atau mengungkit tentang bekas kekasih untuk menyakitkan hati. Sampaikan kita rasa seperti tidak wujud dan tidak berguna.

#3 Tak berhenti beri nasihat 

Memang bagus bila mak mentua tidak penat memberi nasihat. Tetapi bila tidak berhenti beri nasihat, memang akan buatkan menantu perempuan jadi terasa hati dan letih. Dari cara menguruskan rumah tangga, mengurus anak, memasak dan bersolek. Kalau berulang kali beri nasihat, memang menantu perempuan tak mahu dekat.

#4 Penampilan jadi masalah 

Memang penting untuk mempunyai penampilan yang kemas dan cantik. Tetapi kalau mak mentua mula cenderung untuk mengkritik penampilan dan imej menantu perempuan, hmm… Memang malapetaka!

Sebagai contoh, mak mentua berkemungkinan menegur tentang cara pemakaian, cara solekan atau pun berat badan.

#5 Dua-dua berebut ‘kuasa’ dalam rumah 

Foto – Pinterest

Apabila tinggal sebumbung dengan mak mentua, pelbagai konflik akan berlaku seperti berebut kuasa untuk menguruskan hal keluarga dan rumah. Jadi mak mentua dan menantu perempuan akan menjadi insecure dan terancam sehingga terpaksa bersaing untuk buktikan siapa yang lebih berkuasa.

Tapi kamu kena ingat, tak semua mentua berperangai begini. Kalau ada, cuba bertolak ansur dan berbincang okay?

menantu jahatmentua jahatmentua vs menantusebab menantu tak suka menantu
https://lomp.at/hised
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Kemunculan Tunku Aminah & Suami, Cetus Rasa Teruja Peminat!- “Comelnya Famili…”

by Naddy Joe
May 4, 2023

Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Aminah merupakan anakanda kedua...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore