Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Menurut Tinjauan AGODA, 5 Hal Ini Paling Dibenci Oleh Penumpang Ketika Menaiki Pesawat

by Aphit J.
September 16, 2023
Share on Facebook

Dalam keghairahan para pelancong seantero dunia untuk meneroka pengembaraan baharu, platform pelancongan digital Agoda mendedahkan penemuan sisi yang kurang dibincangkan dalam perjalanan udara.

Dari penumpang yang terlalu banyak berbual sehinggalah pengguna tandas yang terlalu kerap, Tinjauan Travel Bugbears 2023 Agoda meninjau bentuk-bentuk kejengkelan yang timbul dalam penerbangan, menyerlahkan bahawa penerbangan yang paling lancar juga ada cabarannya yang tersendiri.

Pencerobohan ruang peribadi

VIA The SUN

Tinjauan yang meliputi 10 pasaran merentasi Asia ini menemukan pencerobohan ruang peribadi yang kurang sopan sebagai kejengkelan yang paling utama dalam kalangan penumpang penerbangan.

Warga Korea Selatan, Thailand dan Taiwan paling tersinggung dengan pencerobohan ruang peribadi, baik
dalam perebutan sandaran tangan mahupun pengeluaran bunyi dari tubuh badan dan bau kaki yang
kurang menyenangkan.

Kelewatan penerbangan

VIA The Jakarta Post

Tidak menghairankan bahawa kelewatan penerbangan berada pada kedudukan yang tinggi iaitu tempat kedua dalam senarai kejengkelan para penumpang sekitar Asia Pasifik. Kesabaran para pengembara dari Filipina terutamanya mencapai titik kritikal apabila melibatkan kelewatan penerbangan kerana mereka menobatkannya sebagai kejengkelan utama mereka, sentimen yang turut dikongsi oleh para pelancong dari Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

Penumpang yang berbuat bising

VIA My London

Merangkumi kedudukan ketiga dalam senarai kejengkelan dalam penerbangan di seluruh rantau ialah kehadiran penumpang yang berbuat bising, seperti penumpang sebelah yang terlalu banyak berbual, pasangan yang mendedahkan hal ehwal peribadi di tempat awam, atau kumpulan penumpang yang
menyiarkan muzik atau permainan mereka dengan kuat sepanjang penerbangan.

Warga Australia dan Malaysia paling kurang terkesan dengan bunyi bising manakala warga Taiwan dan Korea Selatan lebih mengutamakan pengalaman penerbangan yang menenangkan. Warga Jepun juga menghargai suasana tenang dan sunyi, namun mereka juga satu-satunya pasaran yang menzahirkan sifat tiada tolak ansur buat para penumpang yang bersikap biadab dengan kru kabin syarikat penerbangan sebagai kejengkelan utama mereka.

“Bagi kebanyakan dalam kalangan kita, keseronokan percutian bermula pada saat kita menaiki pesawat,” ujar Liyana Jamil, Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga Global Agoda.

“Meskipun penerbangan lazimnya merupakan sebuah pengalaman yang menyeronokkan, ada kalanya ia disertai dengan kejengkelan kecil. Terdapat lebih daripada 130,000 laluan penerbangan yang boleh ditempah menerusi platform Agoda, dan saya berharap bahawa penemuan daripada tinjauan santai ini dapat meningkatkah kesedaran, meningkatkan timbang rasa dan menjadikan pengalaman penerbangan mana-mana laluan ini lebih menyeronokkan.”

Hasil tinjauan dalam kalangan responden dari Malaysia mendapati bahawa kelewatan penerbangan merupakan kejengkelan utama mereka, dengan hampir seperempat responden menilainya sebagai kejengkelan dalam penerbangan yang paling utama.

Rahsia Pelancong Bijak: Sarapan Percuma Jadi Pilihan Utama di Asia!

Ini diikuti dengan tingkah laku kurang sopan dalam kalangan penumpang lain, manakala gangguan bunyi bising dari penumpang lain dan sikap biadab terhadap kru penerbangan berada di tempat ketiga.

Agoda telah membina reputasi antarabangsa sebagai platform tempahan hotel dan rumah penginapan dalam talian, namun populariti tempahan penerbangan dalam platform tersebut semakin meningkat sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2019.

Agoda
https://lomp.at/fxw09
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Hotel

Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

by Phic ARMAN
January 17, 2026

Marriott Bonvoy, rangkaian yang menaungi lebih 30 jenama hotel terkemuka dunia, kini mengesahkan kerjasama rasmi bersama FIFA World Cup 2026...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara