Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Meriahkan Disember Anda Dengan Persembahan Seni, Warisan & Budaya Tradisional Malaysia!

by Phic ARMAN
December 1, 2022
Share on Facebook

Memeriahkan lagi musim perayaan ini, Yayasan Hasanah, sebuah yayasan berasaskan impak Khazanah, menjemput semua lapisan masyarakat Malaysia untuk menghadiri Seni Sepanjang Musim (Arts for All Seasons, ArtsFAS) – sebuah siri acara seni, budaya dan warisan yang dianjurkan serata Malaysia, mengujakan deria buat semua. Di musim hujung tahun ini, ‘hadiahkan’ diri anda sebuah pengalaman tradisional Malaysia yang penuh warna-warni, dan ayuh beramai-ramai menyemak jadual persembahan di artsfas.org!

Dalam pengumuman baru-baru ini, Yayasan Hasanah telah menganugerahkan geran berjumlah RM3 juta kepada 26 pertubuhan seni, budaya dan warisan menerusi inisiatif geran tahunan ArtsFAS bagi merancakkan semula ekonomi kreatif. Melalui geran yang diuruskan bersama Kementerian Kewangan ini, kira-kira 1,000 penggiat seni, budaya dan warisan dijangka mendapat manfaat daripada peluang ekonomi yang terjana, sambil menghidangkan sebuah siri pengalaman seni dan budaya yang unik buat rakyat Malaysia.

Setakat tahun ini, program ArtsFAS telah menyokong lebih 50 persembahan, produksi teater, bengkel, pameran, webinar, persembahan berkumpulan dan acara lain, yang diadakan di Lembah Klang serta hampir kesemua negeri di Malaysia. ArtsFAS 2022 dijangka akan memperkenalkan lebih banyak lagi acara menarik yang akan berlangsung pada bulan Disember ini, berikutan panggilan akhir untuk permohonan geran yang baru sahaja tamat pada 30 November lalu!

Menarik Disember Ini

25 Nov – 4 Dis 2022 | Old Court House, Kuching
Food over Fire Festival | Heirloom Showcase Oleh Whatmatters

2 – 4 Dis 2022 | Fort Margherita, Kuching, Sarawak

The Hearth Brought to Light – Food over Fire Festival Oleh Whatmatters

2 – 3 Dis 2022 @ Auditorium JKKN, Kedah
Pementasan Bangsawan ‘Terung Pipit’ Oleh Langgeng Bangsawan / Persatuan Bangsawan Warisan Jelapang

3-4 Dis 2022 | MUO Resort, Muar, Johor
MAPO Festival 2022 Oleh Pudipang Industries

3-4 Dis 2022 | Kundasang, Ranau Sabah
Seminar Pertemuan Sasterawan Etnik Serantau 2022 (SPSESS22) Oleh Kelab Penulis Kadazandusun/Murut (Momogunsia)

8 – 11 Dis 2022 | Stage 1 Theater, PJPAC
Drumhouse : Honouring a Cultural Heritage Oleh Hands Percussion

8 Dis 2022 | Dewan Sri Pinang, Penang
The Three Scholars Oleh Teochew Puppet And Opera House

9 – 10 Dis | Laman Padi, Langkawi, Kedah
Walimatulurus Oleh Projek Suatukala Sdn Bhd

9 Dis 2022 | Auditorium Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur
Pertandingan Teater & Majlis Peyampaian Hadiah Oleh Persatuan Seni Pentas India

10 Dis 2022 | JKKN Auditorium, Kuantan, Pahang
Konsert Gema Melayu Asli Irama Tradisional Oleh Persatuan Gelanggang Seni Warisan Negeri Pahang

16 – 18 Dis 2022 | Panggung Bandaraya DBKL
Rentak Bumi 2.0 – When Dance Videos Come Alive! Oleh Duo Space Dance Theatre Sdn Bhd

17 – 18 Dis 2022 | Auditorium D’sury, JKKN Negeri Sembilan, Seremban Negeri Sembilan
Konsert Musik Tradisional Negeri Sembilan Oleh Kelab Teater Asar Negeri Sembilan

24 – 25 Dis 2022 | Experimental Theater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA, Kuala Lumpur
Menempa Tari Tradisi Oleh ASK Dance Company

26 – 30 Dis 2022 | Banquet Hall SUK Perak, Ipoh Perak
Perak Chinese Orchestra Festival Oleh Persatuan Okestra Cina Ipoh

Akan datang Disember | Black N Red Studio, Youtube Channel
The Black N Red Coffee Table Oleh Black N Red Studio

Akan datang Disember | Pusat Komuniti Rakyat Tumpat, Kelantan
After Monsoon Project Varna Art Oleh Varna Art

ArtsFASYayasan Hasanah
https://lomp.at/kt92k
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
#ApaPlan

Raikan Hari Kekasih Yang Memukau Di Marini’s Group

by Naddy Joe
February 14, 2026

Alami malam yang sempurna bersana The Marini's Group pada Hari Kekasih ini. Nikmati makan malam istimewa bersama kekasih sambil menikmati...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara