Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Michael Ang Bidas Aliff Syukri Isu Tak Jadi Rilis Lagu Raya Tahun Ini?-“Marketing Aje Kan…”

by Naddy Joe
March 20, 2024
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat merilis lagu raya pada lebaran kali ini selepas menjadi mangsa penipuan seorang komposer, pada awal Mac lalu.

Aliff akui turut kecewa dengan industri muzik tempatan yang tidak pernah menghargai bakat nyanyian sehingga membuatkannya mahu membawa diri ke negara yang lebih menghargai dirinya.

“Doakan Semua Tahun Depan, Saya Boleh Beraksi…”

Terkini, Aliff menerusi hantaran di Instagram, memohon doa orang ramai agar dia dapat menghiburkan rakyat Malaysia dengan merilis lagu baharu untuk lebaran di tahun hadapan.

“Doakan semua tahun depan, saya boleh beraksi untuk lagu raya kepada rakyat Malaysia. Tahun ni maafkan saya, saya redha ketentuan Allah.

Tiada lagi lagu raya dari saya yang akan menyerikan raya rakyat Malaysia..”-tulis Aliff di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang mengakui lebaran mereka kali ini terasa sedikit kosong tanpa lagu raya usahawan kosmetik ini.

“Lagu raya datuk bukan menyerikan raya kami, tapi mengerikan. Ada beza tu Datuk.”

“Kosong saya rasa raya tahun ini tanpa lagu baru Datuk.”

“Ini semua gimik. Kejap lagi ada la lagu Datuk. Percaya la.”

“Saya peminat Datuk. Sedih kenapa tahun ni Datuk takde keluarkan lagu.”

“Bad mood lagi lah raya tahun ni.”

Michael Ang Beri Respon!

Dalam pada itu, pengarah terkenal, Michael Ang turut memberikan komen pada hantaran Aliff dengan membidas isu usahawan kosmetik ini hanyalah tujuan pemasaran semata-mata.

“La la la Aliff Syukri, hujung-hujung keluar jugak kan. Entah trio denggan akak dangdut dan Iqbal.

Marketing aje kan. Hahaha Selamat berpuasa.”-bidas Michael Ang

Apa komen anda? Adakah Aliff tetap akan merlilis lagu rayanya pada Aidilfitri tahun ini?

[VIDEO] Bonda Rozita Terkejut Dengar “Kentut” Aliff Syukri Yang Kuat, Netizen Terhibur..
aliff syukri
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem