Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mickey Ayo Dedah Detik Sebenar Kenal Nora Danish, Nafi Langsung ‘DM-DM’ di Instagram

by Puteri Alia
November 14, 2025
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Perunding kewangan, Mickey Ayo akhirnya membuka cerita sebenar tentang bagaimana terjalin perkenalannya dengan pelakon terkenal, Nora Danish, sekali gus menepis spekulasi netizen yang mendakwa hubungan mereka bermula di media sosial. Menurut Mickey, dakwaan kononnya mereka saling berbalas mesej di Instagram sehingga mula mengenal hati budi adalah jauh menyimpang daripada kebenaran.

Katanya, mereka tidak pernah mengikuti akaun masing-masing, apatah lagi berbual di media sosial seperti didakwa. Malah gurauannya sebelum ini tentang ‘memblok’ Nora hanyalah satu usikan manis yang disalah erti sesetengah pihak. Hakikatnya, tiada sesiapa memblok sesiapa.

Tiada apa yang sensasi, jelas Mickey, perkenalan itu berlaku secara santai menerusi rakan ketika mereka sama-sama keluar makan beramai-ramai. Dari situ, barulah hubungan mereka mula berkembang secara semula jadi tanpa sebarang kisah dramatik di sebaliknya. Dia sekadar berkongsi sedikit sahaja kerana selebihnya, baginya, biarlah masa yang menentukan. Mickey turut mendoakan agar perjalanan mereka terus dipermudahkan.

Menjawab pertanyaan netizen tentang sikap sebenar Nora, Mickey secara berseloroh menggambarkan bintang Polis Evo itu sebagai seorang wanita yang kuat dan bukannya jenis mudah merajuk. Katanya, Nora memiliki ‘heart of steel’, sekaligus membuat ramai tersenyum dengan cara selamba dia menggambarkan personaliti pelakon itu.

Reaksi netizen juga pelbagai, namun rata-ratanya terhibur dengan cara Mickey bercerita. Ada yang memberi restu dan berharap hubungan mereka benar-benar berkembang ke arah yang baik. Malah tidak kurang juga yang mendoakan agar Nora segera bertemu kebahagiaan selepas melalui pelbagai dugaan dalam kehidupan peribadinya.

Nama Nora sebelum ini kembali hangat diperkatakan selepas memuat naik foto seorang lelaki berkopia putih, mencetuskan teka-teki mengenai status hatinya. Tular pula sekeping kad jemputan berlogo M dan N dengan tarikh 8 September 2025 yang dispekulasi sebagai tarikh perkahwinan mereka. Namun Nora tampil menafikan desas-desus tersebut dan menegaskan tiada apa-apa perancangan seperti yang disangka ramai.

Nora Danish Buktikan Wanita Berhijab Juga Mampu Berfesyen Menerusi Amber Oasis 2.0: Mirage

Untuk rekod, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum bercerai pada 19 Jun 2024 dan mereka dikurniakan seorang anak, Mohamed Neqayl, 7. Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 2006 dan berpisah pada 2008, hasilnya mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17.

mickey ayonora danish
https://lomp.at/eqnzm
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Foto - @nubhan.ahamad (Threads)
Lokal

Kelibat Wanita Dalam Hantaran IG Nubhan Curi Perhatian- “So Betullah Ni?”

by Nurul A.
March 26, 2026

Nama penyanyi Nubhan menjadi bualan ramai selepas memuat naik hantaran terbarunya di media sosial. Menerusi hantaran tersebut, Nubhan dilihat sedang...

Read moreDetails
Spotlight

Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Raya tahun ini makin hangat dengan kemunculan penyanyi popular, Shiha Zikir, yang tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara