• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Miliki Lot Tanah Di Bulan, Berikut Aset Mewah Peninggalan Sushant Singh Rajput

by Phic ARMAN
June 22, 2020
324
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak ramai pelakon di India yang mempunyai kelompok peminat yang begitu besar dan terus berkembang seperti Sushant Singh Rajput. Dia bukan hanya pelakon yang baik, tetapi juga penari yang luar biasa dan juga hos televisyen berbakat.

Dengan setiap filemnya pasti mencipta rekod baru, malah Sushant menjadi antara pelakon dengan bayaran tertinggi di seluruh dunia. Sebelum dia masuk ke dunia perfileman, Sushant telah muncul banyak siri televisyen.

Di sini, kita akan membincangkan tentang kehidupan Sushant sebelum dia meniggal dunia. Siapa sangka, Sushant sebenarnya meninggalkan banyak asset bernilai tinggi.

Sushant atau nama penuhnya, Sushant Singh Rajput memulakan karier lakonannya pada tahun 2013 dan sehingga hari ini, dia adalah salah seorang pelakon yang paling disayangi dan dihargai di seluruh dunia dalam industri filem.  Namanya melonjak naik menerusi filem “Kai Po che” yang dirilis pada tahun 2013.

Pada tahun 2016, filemnya “M.S. Dhoni the untold story” ternyata menjadi salah satu filem terlaris, membuat koleksi box office sekitar 216 crore.

Jumlah Kekayaan Bernilai RM32 Juta

Jumlah nilai bersih kekayaan Sushant Singh Rajput dianggarkan sekitar AS $8 Juta, yang dalam mata wang Malaysia sekitar RM32 Juta dan mengenakan bayaran sekitar 5-7 crore setiap filem. Sebahagian besar penghasilannya berasal dari filem, pelaburan dan endorsement jenama.

Sushant mengenakan bayaran sekitar 5-7 Crore setiap filem.

Penthouse Bernilai RM11.2 Juta

Sama seperti kebanyakan selebriti, Sushant tinggal di rumah mewah di Mumbai. Anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa penthouse miliknya ini bernilai 20 crores atau sekitar RM11.2 Juta.

Penthouse Sushant ini tidak kalah dengan sebuah istana. Sushant telah menghiasi rumahnya dengan penuh teliti dan telah membuat semua kerja reka bentuk dan lukisan dalaman sesuai dengan keinginannya. Dulu dia menghabiskan sebahagian besar waktunya di rumah ini.

Koleksi Kereta Mewah

Maserati Quattroporto
Land Rover Range Rover SUV
BMW K1300R

Dipetik dari GULFNEWS, Sushant juga sangat gemar dengan kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi. Koleksi Sushant juga merangkumi kereta Maserati Quattroporto, Land Rover Range Rover SUV dan motosikal BMW K1300R.

Beli Lot Tanah Di Bulan

View this post on Instagram

A post shared by Sushant Singh Rajput (@sushantsinghrajput)

Biarkan kami memberitahu anda bahawa Sushant sangat menyukai ilmu angkasa dan dunia lain sehingga dia membeli tanah di bulan.

Ya, agak mengejutkan apabila mengetahui perkara ini, tetapi dia adalah pelakon Bollywood pertama di India yang membeli tanah di bulan.

Menurut Newslagoon, Sushant membeli tanah ini di bulan pada tahun 2018. Menariknya, plotnya adalah di ‘Laut Muskovi’. Anda akan terkejut mengetahui bahawa dia sering memantau plotnya di bulan dengan bantuan teleskopnya.

Sebenarnya Sushant Singh Rajput tidak mempunyai teleskop biasa-biasa tetapi dia mempunyai teleskop hebat bernama 14LX00. Sushant membeli tanah ini dari International Lunar Lands Registry.

Yang istimewa ialah tanah yang dibeli oleh Sushant Singh Rajput di bulan tidak boleh dimiliki secara sah oleh Sushant, walaupun demikian, dia telah diberi sijil khas untuk membeli tanah ini, yang membuktikan bahawa dia telah membeli sebidang tanah di bulan.

Itulah antara aset mewah yang dimiliki oleh aktor kacak ini semasa dia hidup. Dalam kehidupan mewah itu, tidak siapa tahu bahawa Sushant menderita kemurungan. Dia Ditemui tergantung di kediamannya di Bandra, Mumbai India pada hari Ahad (12/6). Berita ini sekaligus mengejutkan industri filem Hindi di negara itu.

https://lomp.at/b7a0y
Share321Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Bollywood

7 Artis Bollywood Ini Diajak ‘Buat Seks’ Dengan Produser, Demi Watak Besar Dalam Filem

by Zaidin Albert
February 11, 2020

Bukan mudah nak jadi popular sebaris dengan artis-artis terkenal Bollywood terutamanya untuk artis wanita. Setiap orang perlu melalui pengalaman-pengalaman sukar...

Read moreDetails
Foto - @gaurikhan (IG)
Bollywood

Jika Bukan Hindu Atau Islam, Apa Agama Anak-Anak Shah Rukh Khan?- Ini Penjelasannya…

by Nurul A.
November 3, 2025

Semua sedia maklum bahawa agama Shah Rukh Khan bukan lagi rahsia. King of Bollywood itu beragama Islam, manakala isterinya, Gauri...

Read moreDetails
Bollywood

5 Skandal Seks Artis Bollywood Yang Menggemparkan Industri

by Zaidin Albert
October 12, 2018

Pada zaman era 2020 ini, internet telah menjadi sesuatu yang wajib untuk setiap manusia yang ada dalam dunia ini. Seperti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore