• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Miller Khan Kongsi Pengalaman Mistik Sewaktu Penggambaran Hide & Seek Minako

by Khai Azfar
February 26, 2019
Share on Facebook

28 Februari ini, filem seram dari Indonesia, Hide & Seek Minako akan mula menghantui pawagam tanah air. Dalam pada itu, hari ini pelakon-pelakon Hide & Seek Minako berkesempatan untuk berkunjung ke Malaysia bagi mempromosikan filem ini selain turut bersama penonton bertuah pada malam gala yang diadakan di TGV One Utama.

Reunion Bertukar Tragedi 

Hide & Seek Minako membariskan pelakon-pelakon terkenal Indonesia seperti Regina Rengganis, Miller Khan, Nicky Tirta, Wendy Wilson, Natasha Goot dan Gandhi Fernando. Filem seram ini berkisahkan tentang sekumpulan sahabat baik mengadakan reunion di sebuah sekolah lama mereka.

Namun begitu, salah seorang daripada mereka mengajak bermain satu permainan tradisi Jepun iaitu Hitori Kakurenbo sambil membawa satu anak patung Itchimatsu dari Jepun bernama Minako. Lebih menyeramkan, permainan ini ditambah dengan satu ritual memanggil roh si mati sehingga menyebabkan reunion mereka bertukar menjadi tragis.

Berhadapan Pengalaman Mistik 

Dalam pada itu, Miller ketika ditemui murai.my dalam sidang media filem ini berkata dia begitu teruja dapat berlakon dalam filem ini apatah lagi bergenre seram. Ketika ditanya pengalamannya berlakon dalam Hide & Seek Minako, jawab Miller filem ini menambah satu pengalaman yang begitu seram dalam hidupnya.

Selain terdapat krew filem yang dirasuk, ujar Miller dia turut diganggu dengan beberapa penampakan makhluk halus di set penggambaran.

” Ketika di set penggambaran, saya akui terdapat beberapa gangguan. Antaranya seperti ternampak susuk tubuh dan juga penampakan makhluk yang bagi saya benar-benar menyeramkan”

Dijangka akan turut mendapat senarai box-office di Malaysia, Hide & Seek Minako terlebih dahulu menduduki carta 10 filem terbaik pada tahun ini. Untuk anda yang ingin tahu kesudahan reunion mereka jangan lupa saksikan di pawagam TGV berhampiran anda pada minggu ini!

hide and seek minakoreview filem hide and seek minakosinopsis filem hide and seek minako
https://lomp.at/p0vnc
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore