Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Minggu Terakhir Sebagai Ibu Tunggal” – Kim Seri Dedah Bakal Berkhawin Dengan Lelaki Korea Dalam Masa Terdekat

by Aphit J.
April 13, 2025
Share on Facebook

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, mendedahkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki dari Korea Selatan dalam masa terdekat.

Minggu Terakhir Sebagai Ibu Tunggal

Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu hantaran di TikTok pada Jumaat, di mana Kim Seri menyatakan bahawa minggu ini adalah minggu terakhir dirinya bergelar ibu tunggal.

Minggu terakhir sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah.

Dia bukan suami orang, masih bujang dan saya bukan milik sesiapa. Jadi?

Dalam hantaran lain di Instagram Story, Kim Seri menjelaskan keputusan untuk berkahwin walaupun dirinya masih terpalit dengan kontroversi hutang pakej pelancongan yang tular sebelum ini.

Akan membayar Hutang Pelanggannya

via Instagram Kim Seri

Menurutnya, dia belum mempunyai pendapatan tetap untuk menyelesaikan semua hutang, namun bakal suaminya, Amin, telah memberikannya modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi menjana pendapatan dan membayar semula wang pelanggan.

Amin ke sana sini bantu saya ambil barang, buat pelan bisnes, dan lain-lain.

Saya tak minta hantaran pun dari dia sebab dia dah banyak bantu saya sampai ke hari ini.

Dia turut berkongsi bahawa perkahwinan di Korea sangat ringkas dan tidak membebankan pihak perempuan.

Majlis hanya ambil masa 30 ke 60 minit, sekali saja, dan semuanya diuruskan oleh pihak lelaki.

Kita cuma pilih baju dan mekap daripada pakej yang mereka sediakan.

Senang, perempuan tak perlu pening.

Untuk rekod, pada Disember lalu, Kim Seri menerima kritikan hebat apabila didakwa terlibat dalam penipuan pakej pelancongan ke Korea.

Susulan itu, dia memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan yang terlibat.

Bekas Kakak Ipar Dedah Adik Direman Kerana Kim Seri?-"47 Kes Pusing Satu Malaysia..."
Choi Aminkim seri
https://lomp.at/pajj1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hitman Solutions Akhirnya Tamatkan Penantian Peminat Avenged Sevenfold Di Malaysia

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Selepas sekian lama menunggu, akhirnya berita yang dinanti-nantikan peminat rock tanah air menjadi kenyataan. Band heavy metal legenda, Avenged Sevenfold...

Read moreDetails
Foto - @keanureeves.media (IG)
Lokal

Pelakon Keanu Reeves Bongkar Realiti Dunia Hollywood- “Jangan Jadi Orang Tak Waras”

by Nurul A.
April 8, 2026

Pelakon Hollywood popular, Keanu Reeves dikenali kerana lantang bersuara tentang industri hiburan yang sangat mencabar. Dalam salah satu temu bual...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta?- “Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Usahawan kosmetik, Safiey Ilias menegaskan bahawa dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa pempengaruh media sosial, Aisar Khaled iaitu Khaled...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara