Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kenapa Mira Filzah Dilamar Jadi Duta Coway? Ini Penjelasan Dari Pengarah

by Phic ARMAN
March 31, 2022
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah telah dilantik secara rasmi sebagai duta jenama untuk Coway Malaysia. Dua nama terkenal ini akan akan berganding bahu berusaha mengubah kehidupan semua komuniti di seluruh negara, satu komuniti pada satu masa.

Pelakon, model dan usahawan terkenal ini telah menambat hati rakyat Malaysia, dengan lebih 7.3 juta pengikut di akaun Instagramnya. Namanya kini menjadi sebutan ramai dan seperti Coway Malaysia, beliau sinonim dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Dengan Mira menjadi sebahagian daripada keluarga Coway, Syarikat Best Life Solution ini berharap kolaborasi ini akan mengukuhkan kedudukan jenama Coway di Malaysia dan menyediakan pengalaman yang lebih indah.

“Kami teruja kerana selebriti kesayangan Malaysia ini sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan kami yakin Mira sesuai menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama Coway Malaysia. Mira bukan sahaja telah menempa nama di pentas seni tanah air, tetapi dia juga mempunyai ramai peminat dan pendiriannya sejajar dengan semangat ‘Cowayian’ kami. Kami menjangkakan kerjasama ini akan dipenuhi dengan keterujaan, terutamanya daripada pelanggan setia kami yang juga merupakan peminatnya.

Berganding dengan Mira, kami di Coway akan terus menambah baik kehidupan seluruh rakyat Malaysia demi masa depan yang lebih sihat, mesra alam dan indah,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Sebelum ini, Mira juga berpeluang untuk menjadi Cody (Coway Lady) untuk sehari, di mana dia mengikuti seorang Cody untuk menjalankan servis produk di rumah pelanggan. Hanya dengan menjadi seorang Cody untuk sehari, beliau dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengikutnya tentang peluang pekerjaan ini yang amat sesuai bagi ibu-ibu tunggal dan juga ibu yang mempunyai anak kecil di rumah.

“Kami yakin ini merupakan cara terbaik untuk membantu ibu-ibu di luar sana yang mencari pekerjaan berpendapatan tinggi yang stabil. Mereka boleh menjadi bos dengan jadual kerja mereka sendiri dan pada masa yang sama mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga mereka,” kata Choi.

Selain daripada itu, Coway Malaysia juga ingin mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama yang bersesuaian untuk keluarga melalui kolaborasi ini, dengan produk dan perkhidmatan yang boleh menambah baik kehidupan keluarga Malaysia. Memandangkan Mira kini berbadan dua dan bakal memulakan lembaran baharu dalam hidupnya, beliau adalah orang yang paling ideal untuk berkongsi bagaimana Coway telah memainkan peranan dalam menambah baik kehidupan sehariannya semasa hamil dan juga kehidupan baru keluarganya pada masa depan.

Pelanggan Bengang Lebih Lima Bulan Tunggu Servis, Isu Penapis Air Cetus Perdebatan Netizen
2Cowaymira filzah
https://lomp.at/56tii
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara