Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Motorola Malaysia Mengumumkan Moto Z2 Play Bersama Moto Mods

by Phic ARMAN
July 10, 2017
Share on Facebook

Adakah telefon anda cukup pintar untuk memenuhi semua keperluan anda? Adakah anda mahukan teknologi yang lebih baik daripada telefon pintar? Motorola hari ini mengumumkan penambahan baru kepada keluarga Moto Z dengan Moto Z2 Play serba baharu yang mampu bertukar menjadi sesuatu yang anda mahukan secara serta-merta dan pada bila-bila masa apabila dipadankan dengan Moto Mods. Dengan rekaan bentuk nipis, ringan dan prestasi lebih pantas, Moto Z2 Play menawarkan ciri-ciri yang anda idamkan. Pada masa yang sama, ia juga mampu menyediakan pengalaman yang transformatif menerusi Moto Mods.

Rangkaian telefon pintar Moto ZTM dengan Moto ModsTM membolehkan pengguna melakukan perkara yang sebelum ini mustahil dilakukan dengan sebuah telefon. Daripada memancarkan skrin sehingga 70 inci di mana-mana sahaja hinggalah penambahan zoom optikal sehingga 10x, Moto Mods sememangnya menawarkan inovasi mudah alih yang tiada tandingan. Menerusi peranti generasi seterusnya, anda boleh menerokai lebih banyak pengalaman dan cara untuk mengubah telefon pintar anda.

https://www.youtube.com/watch?v=LoiHLMgpmJ8

Moto Z2 Play baharu menampilkan rupa bentuk unibody metal sepenuhnya yang direka dengan terperinci. Selain cantik dan bergaya, ia mampu menahan penggunaan secara lasak pada setiap hari. Paparan Full HD Super AMOLED bersaiz 5.5” membuatkan permainan video, foto dan video dipaparkan di atas skrin dengan warna yang jelas menonjol bersama perincian yang cukup tajam. Untuk mendapatkan pengalaman optimum dari pemproses 2.2GHz octa-core, bateri yang dilengkapkan bersama mampu bertahan sepanjang hari dan sehingga hari seterusnya tanpa sebarang masalah. Terlupa untuk mengecaj Moto Z2 Play? Tiada masalah – hanya 15 minit pengecasan untuk dapatkan kuasa sehingga 7 jam.

Terima kasih kepada teknologi dwipiksel, anda kini boleh merakam foto-foto yang jelas sama ada pada waktu siang atau malam dengan kamera utamanya yang menggabungkan ciri laser serta piksel autofokus berkembar. Kamera hadapan 5MP dengan suluhan dwiwarna berkolerasi suhu (CCT) yang membuatkan anda kelihatan hebat dalam rakaman swafoto pada waktu siang atau malam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuatkan semua rakan dalam satu selfie dengan kanta sudut luas!

Moto Z2 Play menawarkan Moto Experiences yang unik. Ciri pertanyaan pantas yang baru pada Moto Voice menyediakan informasi berguna seperti cuaca atau kalendar. Ia juga membolehkan anda membuka aplikasi tanpa perlu menyentuh atau membuka telefon pintar tersebut. Melalui pengimbas cap jari yang telah direka semula, anda boleh mengaktifkan ciri navigasi satu butang untuk beralih di antara skrin dengan pantas. Alihkan ke kiri untuk kembali, ke kanan untuk mengakses aplikasi terkini, sentuh semula untuk ke laman utama dan tekan sesaat untuk mengunci telefon. Tanpa sebarang butang pada skrin, anda kini mempunyai paparan yang lebih jelas.

Kebolehdapatan dan Harga

Moto Z2 Play serba baharu kini sudah mula dijual di semua pengedar dan kedai Lenovo Mobile yang sah. Ia didatangkan dengan dua warna – kelabu (Lunar Grey) dan emas (Fine Gold); pada harga RM1,999.

Moto Z2Motorola Malaysia
https://lomp.at/tza47
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara